Utusan Borneo (Sarawak)

Otamendi yakin kelebihan 12 mata yang dimiliki tidak menjejaska­n fokus The Citizens

-

LONDON: Nicolas Otamendi telah memberi notis kepada pencabar Manchester City bahawa pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tidak akan membiarkan kekalahan mereka yang tidak dijangkaka­n di Liverpool untuk melemahkan cabaran mereka dalam perebutan kejuaraan.

Pasukan Pep Guardiola menyaksika­n permulaan tanpa kalah mereka pada musim liga ini berakhir apabila kemenangan 4-3 oleh Liverpool memberikan kekalahan pertama dalam 30 perlawanan sejak April tahun lepas kepada City dalam liga utama.

City tiba di Merseyside dengan pakar yang meramalkan mereka akan bermain sepanjang musim tanpa kekalahan tetapi sebaliknya mereka dibelasah oleh Liverpool, mendahului 4- 1 sebelum mereka dibolosi gol dua kali GUARDIOLA pada minit-minit akhir.

Otamendi merupakan sebahagian daripada pertahanan City yang tidak dapat menangani kepantasan dan pergerakan Liverpool.

Namun pemain pertahanan tengah Argentina itu yakin City, yang mempunyai kelebihan 12 mata ke atas kelab di tempat kedua Manchester United (MU), akan melupakan kekalahan itu dan kembali ke landasan apabila Newcastle bertandang ke Eastlands pada malam nanti (Sabtu).

“Musim ini berjalan dengan amat baik dan kami mahu meneruskan­nya,” kata Otamendi.

“Kami sangat fokus kepada setiap perlawanan, dan kemudian kami cuba bangkit dengan cara sebaik mungkin dan fokus bagi perlawanan seterusnya.

“Saya rasa sekarang saya mempunyai peranan penting kerana pemain pertahanan tengah perlu mengatur gerakan dengan bola dan membuat pasukan bekerja sebaik mungkin. Pep sudah mengajar kami bagaimana untuk melakukann­ya.”

City masih pasukan pilihan utama untuk menjulang kejuaraan tetapi pasukan Jose Mourinho sekurangku­rangnya mengurangk­an jurang dengan menewaskan Stoke pada Isnin lepas dan pemain pertahanan MU Phil Jones dengan tegas menya- t a k a n pertanding­an belum lagi berakhir.

Usaha MU untuk memenangi kejuaraan akan menerima r a n g s a n g a n jika, seperti yang dijangkaka­n, mereka melengkapk­an perjanjian untuk menandatan­gani Alexis Sanchez dari Arsenal selepas berjaya mengatasi bidaan City bagi penye r a n g Chile itu. Liverpool yang menduduki tempat ketiga menunjukka­n ketika mereka menentang City bahawa mereka dapat bermain tanpa Philippe Coutinho selepas penyerang Brazil itu berhijrah ke Barcelona barubaru ini. Chelsea bertandang ke Brighton tanpa Alvaro Morata dan Pedro yang digantung ketika pasukan Antonio Conte memburu kemenangan pertama dalam liga pada 2018. Arsenal, yang ketinggala­n lapan mata di belakang Chelsea di tempat keempat akan melayan kunjungan Crystal Palace. Arsenal gagal mencatatka­n kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka termasuk tersingkir dari Piala FA di kelab divisyen kedua Nott i n g h a m Forest. Wenger, yang berk a t a S a n c h e z kemungkina­n besar akan berpindah, telah dikaitkan d e n g a n penyerang sensasi Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang dan pemain pertahanan West Bromwich Albion Jonny Evans. — AFP

 ??  ?? OTAMENDI
OTAMENDI
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia