Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Sepanyol: Gol Asensio beri Real Madrid kemenangan

-

MADRID: Jaringan minit akhir oleh Marco Asensio memberikan kemenangan 1-0 kepada pasukan barisan kedua Real Madrid dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir Piala S e p a n y o l di Leganes kelmarin. P e m a i n tengah berusia 21 tahun itu menyumbat bola dari bahagian tengah kotak penalti selepas dia menerima hantaran lintang pemain pertahanan Perancis Theo Hernandez.

Ia menamatkan siri tiga perlawanan tanpa kemenangan bagi barisan bintang Zinedine Zidane, walaupun pemain seperti pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo, pemain sayap Wales Gareth Bale dan penyerang dari Perancis Karim Benzema tidak diturunkan.

Leganes teratur dalam pertahanan dan sanggup melancarka­n serangan balas, selepas juara Eropah itu berdepan dengan kesukaran untuk menimbulka­n masalah bagi mereka.

Namun campur tangan lewat Asensio memberi dorongan yang amat diperlukan oleh Real ekoran kekalahan 1-0 pada hujung minggu lepas di stadium sendiri kepada Villarreal yang meletakkan mereka 18 mata di belakang musuh utama Barcelona dalam La Liga.

Tidak seperti Barca, yang tewas 1- 0 kepada musuh tetangga Espanyol pada Rabu lepas, dan Atletico Madrid, yang ditewaskan 2-1 di stadium sendiri oleh Sevilla, Real sekurang-kurangnya menguasai perlawanan suku akhir mereka dalam pertanding­an itu yang kelihatan seperti kemungkina­n besar untuk memberi peluang terbaik kepada mereka memenangi piala pada musim ini. — AFP

 ??  ?? ZIDANE
ZIDANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia