Utusan Borneo (Sarawak)

Tenis Piala Ketua Menteri jadi batu loncatan terbaik pemain tenis remaja

-

KUCHING: Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF Piala Ketua Menteri Sarawak menjadi batu loncatan terbaik buat pemain tenis remaja mara lebih jauh seperti Kejohanan Grand Slam.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak ( SLTA), Datuk Patrick Liew berkata beberapa pemain bersaing pada Grand Slam hari ini pernah menyertai kejohanan di Kuching ketika mereka masih remaja.

“Lapan pemain pernah bertanding di Kuching bertanding di Terbuka Australia iaitu Luksika Kumkhum, Caroline Garcia, Ashleigh Barty, Timea Babos, Hsieh Su-Wei, Zhu Lin, Yuki Bhambri dan Bona Coric.

“Dari lapan pemain itu, Luksika berjaya mara ke pusingan 32 pemain selepas menundukka­n Belinda Bencic dari Switzerlan­d dengan ‘straight set’ 6-1, 6-3 pada pusingan 64 Rabu lalu.

“Tahniah! buat Luksika yang akan bertemu Petra Martic dari Croatia pada pusingan seterusnya hari ini,” kata Patrick ditemui di sini semalam.

Beliau sentiasa mengikuti perkembang­an Luksika berkata, pemain Thailand itu berjaya menundukka­n Johanna Larsson dari Sweden dengan 6-3, 7-5 pada pus- ingan 128.

“Sirkit Remaja ITF Piala Ketua Menteri Sarawak dianjurkan dua kali setahun di Kuching merupakan landasan terbaik kepada pemainpema­in remaja melangkah sebagai pemain senior.

“Ia kenangan sangat baik bagi SLTA dengan menganjurk­an Piala Ketua Menteri Sarawak dan kita berpeluang melihat pemain-pemain bertanding di Kuching mara Kejohanan Grand Slam.

“Semoga pemain-pemain terbabit muncul juara Grand Slam suatu hari nanti,” katanya.

SLTA menganjurk­an Piala Ketua Menteri Sarawak sejak 2001 dan tahun ini menganjurk­an Gred I kejohanan itu dari 13 hingga 18 Mac manakala Piala Ketua Menteri Sarawak II (Gred 3) dijadual berlangsun­g dari 16 hingga 21 Oktober di Gelanggang Tenis SLTA, Jalan Crookshank di sini.

 ?? — Gambar Reuters ?? CEMERLANG: Aksi Luksika Kumkhum semasa perlawanan menentang Belinda Bencic.
— Gambar Reuters CEMERLANG: Aksi Luksika Kumkhum semasa perlawanan menentang Belinda Bencic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia