Utusan Borneo (Sarawak)

SCSSC lantik Ng Hong Man sebagai jurulatih snuker

-

SIBU: Sibu City Swan Snooker Club (SCSSC) melantik pemain snuker negeri, Ng Hong Man sebagai jurulatih membantu meningkatk­an standard snuker di negeri ini.

Ng, 49, merupakan ahli perniagaan berkata beliau berterima kasih atas pelantikka­n itu turut menganggap tugas diamanahka­n sebagai sesuatu mencabar.

“Saya berterima kasih kepada SCSSC kerana melantik saya sebagai jurulatih dan berjanji melakukan yang terbaik untuk kelab dengan berkongsi segala pengalaman,” katanya.

Menurut Ng, beliau juga menggandak­an usaha bagi mengasah kemahiran pemainpema­in kelab khusus dari segi kemas kini teknik permainan snuker.

Sementara itu, Pengerusi SCSSC Mark Yeo berkata pelantikan itu tepat pada masanya memandangk­an sukan snuker semakin popular terutamany­a kalangan anak muda.

“Saya yakin dengan kehadiran Ng sebagai jurulatih akan membantu menaikkan taraf permainan sukan snuker,” ujar beliau.

Yeo merupakan antara individu memainkan peranan penting dalam meningkatk­an mutu sukan snuker di sini.

“Pandangan sukan snuker untuk ‘samseng’ harus dikikis dengan melahirkan keyakinan bahawa snuker merupakan salah satu sukan sihat,” katanya.

Yeo juga mengakui standard sukan snuker di sini masih tidak berubah dan keting- galan jauh.

Katanya, salah satu daripada faktor tersebut ialah kekurangan jurulatih sanggup mengambil cabaran untuk membimbing pemain-pemain baharu.

“Mana-mana sukan mestilah mempunyai jurulatih agar standard itu dapat mencapai kemajuan,” katanya.

Yeo berkata, Ng adalah individu layak diangkat sebagai jurulatih kerana pernah memenangi pelbagai kejohanan termasuk Juara Snuker Tertutup Sarawak 2016.

Dalam pada itu, orang ramai berminat mempelajar­i snuker boleh menghubung­i Yeo di telefon 019-8867133 atau penasihat SCSSC, Danny Wong 010-2289155.

“Tiada sebarang yuran dikenakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia