Utusan Borneo (Sarawak)

Jururawat HSA, pelajar tahfiz terima sijil penghargaa­n bomba

-

SEORANG jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Kuala Lumpur yang menjadi wira dalam kejadian kebakaran, menerima penghargaa­n daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Norsuhaily Suleiman, 24, dan Ahmad Ihsan Husin, 16, antara 23 penerima sijil penghargaa­n daripada Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim pada Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2018, di Putrajaya kelmarin.

Norsuhaily yang menyelamat­kan seorang rakan setugasnya dalam kejadian kebakaran di Unt Rawatan Rapi (ICU) HSA pada Okt 2016 berkata, penghargaa­n itu diharap dapat memberi semangat kepada seluruh warga HSA yang banyak membantu ketika kebakaran itu berlaku.

“Dalam kejadian itu, saya cuba selamatkan seorang rakan tetapi tangan saya terlepas kerana kesukaran bernafas. Rakan saya bernasib baik kerana suami saya yang bertugas sebagai pegawai teknikal datang menyelamat­kannya,” katanya ketika menceritak­an kembali detik kejadian kepada Bernama.

Akibat kejadian itu, Norsuhaily terpaksa menerima rawatan di wad ICU selama 19 hari kerana menyedut terlalu banyak asap dan mengalami kesukaran bercakap sehingga kini.

“Pada dua bulan pertama menerima rawatan, suara saya langsung tidak keluar. Selepas itu, suara saya menjadi serak dan menurut doktor suara saya tidak akan kembali kepada asal,” kata Norsuhaily. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia