Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pembunuh tourniquet’ yang pertama dihukum mati di AS tahun ini

-

CHICAGO: Seorang pembunuh yang mengaku di Texas, digelar sebagai “pembunuh tourniquet’” bagi cara dia mencekik mangsanya, kelmarin menjadi banduan pertama yang dihukum mati di Amerika Syarikat ( AS) pada 2018.

Anthony Shore dihukum mati kerana merogol, menyeksa dan membunuh tiga gadis dan seorang wanita muda di Houston pada tahun 1980 dan 1990. Mangsa paling tuanya berusia 21 tahun, dan yang paling muda adalah sembilan tahun.

Sebelum hukuman matinya Shore telah meminta maaf bagi jenayahnya.

“Tiada kata- kata yang dapat menolak apa yang saya telah lakukan. Kepada keluarga mangsa saya, saya berharap saya dapat menolak masa lampau. Ia telah berlaku,” katanya.

Shore turut meluahkan kecurigaan berterusan mengenai sama ada terdapat mangsa lain yang tidak dikenali, menyatakan dia akan “meninggal dunia dengan satu gerak hati yang jelas” dan bahawa terdapat “tiada yang lain.”

Dia telah disahkan meninggal dunia pada jam 6.28 petang waktu tempatan, menurut pihak berkuasa.

Shore menjadi banduan pertama yang dijatuhkan hukuman mati pada tahun ini di AS.

Pada tahun lepas 23 orang dihukum mati di lapan wilayah – satu penurunan yang menghampir­i sejarah, menurut kumpulan antihukuma­n mati Death Penalty Informatio­n Center.

Seramai 39 lagi dijatuhkan hukuman mati pada 2017, menurut organisasi tersebut.

Shore berusia 55 tahun telah dikenali sebagai “pembunuh tourniquet” kerana mencekik mangsanya sehingga mati dengan sejenis alat penekan buatan sendiri diperbuat daripada tali dan sejenis alat untuk mengetatka­nnya.

Shore ditangkap pada 2003 selepas polis memadankan DNA ditemui pada mayat mangsa-mangsanya, Maria Del Carmen Estrada berusia 21 tahun, dengan satu sampel yang dia berikan selepas disabitkan kerana mencabul dua anak perempuann­ya.

Dia mengaku bagi jenayahnya dan meminta untuk hukuman mati. Namun, satu tarikh hukuman mati lebih awal pada Oktober telah ditunda selepas persoalan saat akhir mengenai satu lagi kemungkina­n pembunuhan.

Pendakwa raya berasa bimbang Shore akan mengaku secara salah bagi jenayah lain bagi menyelamat­kan seorang rakan banduan hukuman mati. Banduan tersebut, Larry Swearingen, telah dibenarkan bagi pemeriksaa­n DNA dalam kesnya.

“Kami telah meneruskan seperti yang diarahkan oleh undang-undang dan memuaskan hati semua kecurigaan,” kata pendakwa raya tempatan, Peguam Daerah Harris County Kim Ogg.

“Malah keluarga Shore sendiri setuuh hukuman mati adalah sesuai bagi jenayahnya.” — AFP

 ??  ?? SHORE
SHORE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia