Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi maut dirempuh kereta di Brazil

Pemandu ditangkap polis dakwa mengalami serangan sawan, 17 tercedera

-

RIO DE JANEIRO: Sebuah kereta merempuh orang ramai di dataran tepi pantai Copacabana yang dipenuhi pelancong di Rio de Janeiro kelmarin, membunuh seorang bayi dan mencederak­an 17 lain, kata pihak berkuasa, dengan pemandu memberitah­u penyiasat bahawa dia mengalami serangan sawan.

Kereta hitam, dengan cermin depannya pecah dan bahagian depannya kemek, muncul di bahagian pantai di mana beberapa mangsa yang tercedera telah segera diberikan rawatan.

Sekretaria­t kesihatan Rio de Janeiro memberitah­u AFP bahawa seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan terbunuh dan 17 tercedera dalam kemalangan itu.

Pemandu itu “hilang kawalan terhadap kenderaann­ya, yang naik ke atas laluan pejalan kaki di dataran tersebut” dan telah ditahan untuk soal siasat, menurut polis.

“Pemandu menjelaska­n di balai polis bahawa dia mengalami serangan sawan, dan ubat antisawan telah ditemui di dalam kenderaann­ya,” seorang kolonel polis tentera memberitah­u AFP.

Insiden pada awal petang berlaku ketika ramai orang termasuk pelancong sedang menikmati dataran menarik yang panjang ketika cuti musim panas.

Beberapasa­ksimenceri­takan keadaan kecoh dengan mangsa yang mengalami kecederaan teruk menunggu dalam kesakitan bagi rawatan.

“Terdapat seorang budak yang tercedera, saya fikir dia mengalami patah kaki,” Roberto Miguel, yang bertugas di sebuah restoran tepi pantai, memberitah­u AFP.

“Seorang lelaki pengsan, seorang lagi mengalami patah kaki dan terdapat seorang wanita yang kakinya berlumuran darah.”

Miguel berkata sekumpulan orang ramai yang marah telah berkumpul dan mengepung kereta tersebut.

“Dia (pemandu kereta) berada di dalam kereta sehingga pihak polis tiba dan ketika dia keluar dia berada dalam keadaan selamat dan baik,” jelas beliau.

Cristo Forfinol, seorang lagi pekerja restoran tepi pantai, berkata ramai mangsa yang tercedera telah lama menunggu untuk dirawat, meskipun kemalangan berlaku di salah satu tarikan utama Rio.

“Apa yang mengejutka­n saya adalah ambulans dan pihak medik tiba lebih daripada 45 minit kemudian. Terdapat orang dan kanakkanak yang kesakitan dan perkhidmat­an menyelamat datang dalam keadaan benar-benar lambat,” katanya kepada AFP. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? REMUK: Polis memeriksa kereta yang merempuh orang ramai di dataran Copacabana di Rio de Janeiro kelmarin.
— Gambar Reuters REMUK: Polis memeriksa kereta yang merempuh orang ramai di dataran Copacabana di Rio de Janeiro kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? RAWAT: Paramedik merawat mangsa yang cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di dataran Copacabana yang dipenuhi pelancong di Rio de Janeiro kelmarin.
— Gambar Reuters RAWAT: Paramedik merawat mangsa yang cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di dataran Copacabana yang dipenuhi pelancong di Rio de Janeiro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia