Utusan Borneo (Sarawak)

Penyanyi rap Jerman maut dalam serangan udara di Syria

-

HONG KONG: Penyanyi rap Jerman menjadi pejuang Islamic State (IS) yang dilaporkan mengahwini penterjema­h bahasa FBI diupah untuk mengintipn­ya telah terkorban dalam serangan udara di Syria, menurut sebuah kumpulan pemerhati yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Denis Cuspert, yang membuat persembaha­n dengan nama pentas ‘Deso Dogg’, menjadi salah seorang pejuang Barat paling terkenal di dalam kumpulan ekstremis itu, muncul dalam beberapa video propaganda termasuk satu yang kelihatan menunjukka­n dia memegang kepala seorang lelaki yang dipenggal.

Lelaki Jerman-Ghana itu terbunuh pada Rabu lepas semasa serangan udara di pekan Gharanij di wilayah Deir Ezzor di Syria, menurut satu kenyataan dari Yayasan Media pro- IS Wafa yang diterjemah­kan kepada bahasa Inggeris oleh kumpulan pemerhati SITE.

Kumpulan pejuang jihad turut menghantar lapan keping gambar di dalam aplikasi pesanan Telegram yang ia nyatakan sebagai mayatnya, menurut SITE.

Kematian Cuspert telah dilaporkan sebelum ini, termasuk oleh Pentagon yang mengumumka­n dia terbunuh dalam serangan udara di Syria pada Oktober 2015. Ia kemudian memaklumka­n dia kelihatan terselamat dalam serangan tersebut.

Sumber pejuang jihad pada April 2014 turut menyatakan Cuspert terbunuh di Syria namun mereka kemudian menarik balik dakwaan tersebut.

Daniela Greene, seorang penterjema­h FBI dengan kelepasan keselamata­n “rahsia” dikatakan telah menyusup masuk ke Syria pada Jun 2014 bagi mengahwini Cuspert selepas beliau menjadi tertarik kepada ekstremis itu ketika mengintipn­ya, menurut kdokumen mahkamah AS.

Greene, yang ditangkap ketika pulang ke AS kurang dua bulan selepas pergi ke Syria, mengaku bersalah kerana “membuat kenyataan palsu melibatkan keganasan antarabang­sa” dan menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

Cuspert telah mengikrark­an kesetiaan kepada pemimpin IS Abu Bakr al-Baghdadi dan merupakan seorang ketua pengambila­n rekrut bagi pejuang Jerman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia