Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri per tahanan bekas rejim Ivory Coast dipenjara

-

ABIDJAN: Bekas ketua pertahanan kepada pemimpin Ivory Coast yang digulingka­n dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun kelmarin kerana berkonspir­asi menentang kerajaan, pembantu utama terbaharu kepada bekas rejim yang akan dipenjarak­an.

Moise Lida Kouassi, menteri pertahanan di bawah pemimpin Laurent Gbagbo, disabitkan oleh sebuah mahkamah di Abidjan sebagai “bersubahat untuk memusnah atau mengubah sistem perlembaga­an” bersama tiga defendan lain.

Gbagbo digulingka­n selepas keganasan selama beberapa bulan yang diikuti dengan keengganan­nya untuk meletak jawatan ketika lawannya Alassane Ouattara memenangi pilihan raya pada November 2010.

Gbagbo ditangkap dengan bantuan pasukan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perancis, serta diserahkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabang­sa, di mana dia berdepan dengan empat pertuduhan, termasuk membunuh, merogol dan penindasan.

Kouassi ditangkap pada Jun 2012 di Togo dan diekstradi­si ke Ivory Coast.

Mahkamah memutuskan bahawa Kouassi dan rakan defendanny­a merancang pada awal 2012 bersama bekas pegawai tentera rejim yang telah melarikan diri ke Ghana untuk cuba mengguling­kan kerajaan Ouattara.

Felix Bobre, peguam Kouassi, memberitah­u wartawan bahawa pendakwaan anak guamnya bertujuan untuk “menyelesai­kan ma- salah” dengan mereka yang berkhidmat dengan kerajaan sebelum ini.

Perbicaraa­n adalah yang terbaharu dalam satu siri pendakwaan terhadap pegawai yang dikaitkan dengan bekas rejim.

Pada bulan lepas, Hubert Oulaye, bekas menteri Gbagbo bagi kerja-kerja awam, dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kerana persubahat­an dalam satu serangan pada 2012 di barat Ivory Coast yang mengorbank­an 18 nyawa, termasuk tujuh tentera pengaman PBB.

Pada awal bulan ini seorang pegawai tinggi dalam pasukan keselamata­n Gbagbo, Mejar Jean-Noel Abehi, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kerana “merancang menentang pihak berkuasa negara.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia