Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta api tergelinci­r di Kota Mexico ragut lima nyawa

-

KOTA MEXICO: Sebuah kereta api tergelinci­r dari landasan di sebuah bandar pinggir Kota Mexico yang padat dengan penduduk pada pagi kelmarin, menyebabka­n kematian sekurang-kurangnya lima orang.

Kereta api itu, yang mengangkut bijiran, terbabas di Ecatepec, sebuah bandar besar di Negeri Mexico yang membentuk sebahagian daripada kawasan perbandara­n yang diperluask­an dari ibu negara.

Selepas kereta api itu tergelinci­r dari landasan sejurus sebelum jam 6 pagi, salah satu gerabaknya terpelanti­ng ke dalam sebuah kawasan perumahan, dan membunuh lima orang, Kementeria­n Komunikasi dan Pengangkut­an menyebut dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa sedang mengalih puing dan lebih ramai mangsa mungkin akan dijumpai, kata pejabat pendakwa raya Negeri Mexico.

Kereta api itu milik unit Kansas City Southern di Mexico, kata kementeria­n itu.

Dalam satu kenyataan, pengusaha terminal dan landasan kereta api Ferrovalle, yang sebahagian­nya dimiliki Kansas City Southern de Mexico, meratapi nahas itu, yang masih belum diketahui puncanya.

Ferrovalle berkata ia dan Kansas City Southern de Mexico akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa untuk mengetahui apa yang berlaku dan memastikan ia tidak akan berlaku lagi.

Badan pengawal pengangkut­an kereta api di Mexico akan menyiasat nahas itu, kata kementeria­n.

“Kerajaan Ecatepec menyampaik­an ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengulangi sokonganny­a pada waktu yang sukar ini,” Datuk Bandar Indalecio Rios menulis dalam Twitter. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? TERGELINCI­R: Anggota polis bersenjata dilihat berkawal di kawasan di mana gerabak kereta api yang tergelinci­r dari landasan merempuh sebuah rumah di Ecatepec, di pinggir Kota Mexico, kelmarin.
— Gambar Reuters TERGELINCI­R: Anggota polis bersenjata dilihat berkawal di kawasan di mana gerabak kereta api yang tergelinci­r dari landasan merempuh sebuah rumah di Ecatepec, di pinggir Kota Mexico, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia