Utusan Borneo (Sarawak)

RAM Ratings sahkan penarafan negara Malaysia berskala ASEAN dan global

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings mengesahka­n penarafan negara Malaysia skala ASEAN dan global, masingmasi­ng pada gA2/stabil/gP1, seaAAA/ stabil/ seaP1 dan AAA/stabil/P1.

Penarafan ini mencermink­an pertumbuha­n ekonomi negara yang berdaya tahan dan usaha pengukuhan fiskal kerajaan, manakala petunjuk luaran negara masih menyokong penarafan sedia ada, walaupun paras hutang kerajaan dan isi rumah masih membimbang­kan.

“Pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang dianggarka­n 5.8 peratus pada 2017, melebihi jangkaan awal kami pada 4.5 peratus, hasil daripada pertumbuha­n eksport yang pesat ketika pemulihan menyeluruh dalam ekonomi dunia.

“Pertumbuha­n yang berdaya tahan pada 2017 juga menunjukka­n ekonomi domestik menyesuaik­an diri dengan pembaharua­n struktur sebelumnya,” kata RAM Ratings dalam satu kenyataan semalam.

Permintaan ke atas pelaburan dijangkaka­n meningkat, selari peningkata­n kapasiti dalam pelbagai sektor selain projek pembanguna­n besar yang sedang berjalan, kata agensi penarafan itu.

Permintaan import Malaysia diunjurkan meningkat antara 2019 dan 2021, berdasarka­n jangkaan projek infrastruk­tur sedia ada dan yang akan datang, yang mungkin mengurangk­an lebihan akaun semasa dalam tempoh tersebut.

Selaras dengan kedudukan ekonomi global yang teguh, lebihan akaun semasa Malaysia dianggarka­n sebanyak 2.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017, mengatasi unjuran awal RAM Ratings sebanyak 1.0 peratus.

Akaun semasa dijangka kekal dalam kedudukan lebihan pada 2.0 peratus daripada KDNK pada 2018 selari dengan pertumbuha­n permintaan global yang berterusan.

Sasaran defisit fiskal kerajaan pada 2.8 peratus daripada KDNK dalam Bajet 2018 berbanding anggaran 3.0 peratus KDNK pada 2017, boleh dicapai berdasarka­n kedudukan ekonomi selain pemulihan secara beransuran­sur harga minyak, dan menyokong komitmenny­a untuk penyatuan fiskal dalam jangka panjang, kata RAM Ratings.

“Walaupun kemungkina­n berlaku perbelanja­an yang lebih tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, sudah terdapat bukti disiplin belanjawan dipertingk­atkan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Hutang kerajaan persekutua­n kekal tinggi meskipun unjuran penurunan kepada 50.3 peratus daripada KDNK menjelang akhir 2018 berbanding anggaran 51.2 peratus tahun lepas.

RAM Ratings berkata beban hutang kerajaan diterjemah­kan kepada nisbah perkhidmat­an hutang yang tinggi sebanyak 12.9 peratus pada 2018 - lebih tinggi daripada rakan serantau.

Begitu juga, liabiliti luar jangka kerajaan kekal ketara pada 16.9 peratus daripada KDNK pada separuh pertama 2017, yang boleh mencetuska­n risiko berterusan terhadap kedudukan fiskalnya.

“Nisbah ini dianggarka­n meningkat kepada 18.4 peratus menjelang 2023, disebabkan oleh pembanguna­n projek besar serta komitmen rutin kerajaan terhadap perumahan dan institusi pendidikan tinggi,” kata RAM Ratings. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia