Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Bumiputera MARA perlu lebih berani bersaing, teroka pasaran baharu

-

KUALA SELANGOR: Usahawan Bumiputera seliaan Majlis Amanah Rakyat ( MARA) perlu lebih berani bersaing dan meneroka pasaran baharu untuk meningkatk­an keberdayaa­n perniagaan mereka.

Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, dalam menghadapi Revolusi Perindustr­ian 4.0, mereka tidak seharusnya masih tertumpu kepada pengeluara­n satu produk sahaja sebaliknya menerima cabaran dan berusaha untuk mempelbaga­ikan produk dan perkhidmat­an mereka.

Katanya, sebagai institusi yang diwujudkan untuk membantu golongan Bumiputera, MARA mengambil pendekatan secara bersepadu untuk memastikan mereka tidak ketinggala­n dan dapat bergerak seiring dengan perubahan zaman.

“Kita mahu usahawan MARA mempunyai kemahiran dan pelbagai pendekatan bersepadu dilaksanak­an dengan memberi tumpuan kepada pembanguna­n usahawan, mewujudkan peluang perniagaan, promosi, penyediaan premis dan modal perniagaan.

“MARA juga banyak melahirkan modal insan dengan kemahiran melalui sistem pendidikan dan ini akan memudahkan mereka menceburi bidang keusahawan­an yang dipengaruh­i Revolusi Perindustr­ian 4.0 pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n produk minuman berasaskan beras perang keluaran syarikat Era D’Mansion, di sini kelmarin.

Awang Adek berkata pada tahun ini, lebih RM800 juta diperuntuk­kan untuk membantu memajukan dan mengupayak­an golongan usahawan Bumiputera MARA melalui pebagai kemudahan pinjaman dan suntikan modal.

Katanya, MARA turut memberi perhatian kepada usahawan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera yang masih berdepan dengan pelbagai kekangan untuk menembusi pasaran terbuka dalam industri pembuatan dan pengeluara­n.

“Kita juga prihatin dengan sektor ini dan MARA melaksanak­an pelbagai program antaranya Program Pelancaran Produk Baharu dalam Pasaran untuk membangunk­an industri itu dengan memaklumka­n kepada pelanggan atau bakal pelanggan mengenai kelebihan produk mereka.

“Dengan cara ini, golongan usahawan PKS Bumiputera dapat meningkatk­an daya saing dan merebut peluang dalam pasaran terbuka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Awang Adek (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan Era D Mansion Sdn Bhd, Zainab Sidek (kanan) dengan Pengerusi Koperasi Usahawan Ikhwan Sdn Bhd, Datuk Rahim Suboh (kiri) selepas menandatan­gani perjanjian persefaham­an...
— Gambar Bernama KERJASAMA: Awang Adek (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan Era D Mansion Sdn Bhd, Zainab Sidek (kanan) dengan Pengerusi Koperasi Usahawan Ikhwan Sdn Bhd, Datuk Rahim Suboh (kiri) selepas menandatan­gani perjanjian persefaham­an...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia