Utusan Borneo (Sarawak)

Proton jelaskan diskaun kepada Persatuan Hokkien bukan kes istimewa

-

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menjelaska­n diskaun istimewa kepada ahli kesatuan Persekutua­n Persatuan Hokkien Malaysia, bukan kes istimewa.

Tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada dasar diskaun istimewa kepada pelanggan jualan korporat dan fleet, dan ia adalah amalan perniagaan biasa dalam industri automotif untuk menawarkan diskaun jualan korporat berdasarka­n pembelian secara pukal dan jualan fleet, menurut pengeluar kereta nasional itu dalam kenyataan kelmarin.

Ia menjelaska­n berhubung laporan akhbar berbahasa Cina bahawa Proton menawarkan diskaun antara lima dan 10 peratus bagi semua model keretanya kepada ahli kesatuan Persekutua­n Persatuan Hokkien Malaysia.

Proton berkata tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutua­n Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan jualan korporat istimewa kepada pelanggan jualan fleet.

Proton juga ingin menegaskan bahawa akhbar itu turut melaporkan ‘ Proton sentiasa menyediaka­n pro- mosi jualan korporat/ fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi dan institusi (termasuk media), dan Persekutua­n Hokkien bukan kes yang istimewa’.

Katanya, Proton mempunyai pelan yang sama dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat utama di Malaysia.

“Melalui cara yang sama, Persekutua­n Persatuan Hokkien Malaysia, telah mengadakan perbincang­an dengan kami dan menunjukka­n sokongan kepada Proton dengan komitmen untuk membeli,” kata Proton.

Berdasarka­n kepada jumlah ahli dan pekerja persatuan itu yang besar, Proton berkata ia dapat membentuk pakej istimewa yang dipersetuj­ui oleh kedua-dua pihak.

Katanya mana-mana koperasi, organisasi dan persatuan yang membeli jumlah kereta tertentu turut layak untuk mendapat pelan istimewa jualan korporat ini, tertakluk kepada terma dan syarat antara Proton dan pihak yang berkenaan.

“Proton amat menghargai sokongan daripada syarikat korporat dan persatuan, dan komited untuk memberikan perkhidmat­an dan kualiti yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

“Kami menghargai minat yang diberikan kepada Proton dan kami mempelawa manamana persatuan dan syarikat korporat yang ingin menikmati faedah ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia