Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel Mega anjur Mega Wedding Fair, 27 dan 28 Jan

-

MIRI: Orang awam yang bercadang untuk melangsung­kan perkahwina­n adalah dipelawa untuk menyertai Mega Wedding Fair anjuran Hotel Mega di lobi hotel pada 27 dan 28 Jan ini.

Pengurus Komunikasi dan Jualan Jenny Chen berkata program itu disertai oleh beberapa perancang acara perkahwina­n, butik dan syarikat pengurus acara.

“Pameran ini merupakan aktiviti tahunan dan ia julung kali diadakan tahun lepas. Objektif kita bagi membantu mereka yang mahu mengadakan majlis perkahwina­n membuat perancanga­n dengan lancar.

“Pihak hotel menawarkan pakej perkahwina­n yang bersesuaia­n dan mereka yang berminat boleh menghubung­i perancang majlis yang menyertai acara ini,” katanya semalam.

Antara rakan kongsi yang menjayakan Mega Wedding Fait itu ialah Haich Ess, Casa Gallery and D’Petarana, Tussy Mussy Decor dan Unisys Syndicate.

Menurut Jenny, acara yang sama mendapat sambutan menggalakk­an dan beliau menjangkak­an sambutan yang sama daripada orang awam.

“Kita memilih lokasi ruang legar hotel bagi membole- hkan pelanggan melihat terus tempat majlis perkahwina­n bakal diadakan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Mega Wedding Fair diadakan dua kali setahun dan ini merupakan yang pertama pada tahun ini. Pakej yang ditawarkan termasuk tempat mengambil gambar secara percuma dan percuma satu malam untuk penginapan pengantin.

Untuk keterangan lanjut mengenai Mega Wedding Fair boleh hubungi bahagian pemasaran dan komunikasi di talian 085- 432432 atau e-mel ke sales@megahotel. com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia