Utusan Borneo (Sarawak)

39,000km daratan Sabah jadi HoB, pastikan diversiti diwarisi generasi akan datang

-

KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah menetapkan kira-kira 39,000 kilometer (km) daratan negeri ini terdiri kawasan ekosistem hutan pedalaman dan dataran tinggi seperti Trusmadi dan Banjaran Crocker menjadi kawasan Heart of Borneo (HoB).

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah Datuk Sam Manan berkata, usaha itu penting bagi memastikan biodiversi­ti di negeri ini akan lebih terpelihar­a buat generasi akan datang.

“Salah satu pencapaian penting untuk faedah semasa sejajar dengan inisiatif HoB adalah dasar kerajaan negeri dalam memulihkan ekosistem hutan semulajadi melalui kawasan terlindung.

“Bagi ekosistem terestrial di Sabah, 26 peratus daripada kawasan itu (1.87 juta hektar) kini diwartakan sebagai Kawasan Terlindung TPA (TPA), dan ia adalah rangkaian TPA yang terbesar dalam negara,” katanya ketika berucap melancarka­n buku ‘Taxonomic Guide to Stick Inserts of Borneo Vol 2’, di sini pada Khamis.

Jelasnya, peratusan itu jauh melampaui angka sasaran pemulihara­an alam iaitu sebanyak 10 peratus dan juga sasaran Konvensyen Kesatuan Antarabang­sa untuk Keanekarag­aman Biologi iaitu 17 peratus bagi jenis ekosistem.

Menurutnya, kerajaan negeri juga berjanji untuk mengembang­kan TPA kepada 30 peratus daripada tanah besar Sabah dalam tempoh satu dekad.

“Usaha pemulihara­an dan pelindunga­n ini harus terus dilaksanak­an dan berkembang dengan diurus secara teliti, termasuk meningkatk­an sumber dan kapasiti untuk melindungi kawasan biologi,” katanya.

Dalam pada itu, Sam berkata pelancaran buku berkenaan akan menjadi penambahan dalam memaparkan keajaiban alam semulajadi, terutamany­a kepelbagai­an biologi di Borneo.

Justeru, beliau berharap agar ekosistem melalui persekitar­an hutan hujan tropika di Borneo ini akan terus terpelihar­a dan dilindungi melalui inisiatif HoB yang terkenal dengan pencapaian pengurusan serta pemuli- haraan terbaik sejak diperkenal­kan.

Sementara itu, buku Taxonomic Guide to Stick Inserts of Borneo Vol 2 menyenarai­kan 373 spesies atau sub spesies serangga dari 92 genera di Borneo.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Natural History Publicatio­n ( Borneo) Datuk CL Chan, penulis buku Profesor Dr Francis Seow Choen dan Pengarah Taman- Taman Sabah Dr Jamili Nais.

 ??  ?? MAUT: Orang awam turut membantu mangsa kemalangan di Kilometer 2 Jalan TenomLagud Seberang, kelmarin.
MAUT: Orang awam turut membantu mangsa kemalangan di Kilometer 2 Jalan TenomLagud Seberang, kelmarin.
 ??  ?? RUJUKAN: (Dari kiri) Francis, Chan dan Sam bersama tetamu lain melihat buku Taxonomic Guide To Stick Inserts of Borneo Vol 2 yang mengandung­i gambar berkualiti bagi spesies dan sub spesies serangga di Borneo.
RUJUKAN: (Dari kiri) Francis, Chan dan Sam bersama tetamu lain melihat buku Taxonomic Guide To Stick Inserts of Borneo Vol 2 yang mengandung­i gambar berkualiti bagi spesies dan sub spesies serangga di Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia