Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain veteran itu ditawarkan jawatan jurulatih untuk pasukan utama The Red Devils

-

MANCHESTER: Jose Mourinho mengesahka­n kapten kelab Manchester United (MU) Michael Carrick akan bersara pada hujung musim ini sebelum dia menyertai kakitangan kejurulati­hannya untuk meneruskan karier pasca pemain.

Veteran berusia 36 tahun itu selama ini dibelenggu masalah kecederaan dan penyakit pada musim ini dan terhad kepada satu penampilan, dalam perlawanan Piala Liga pada September lalu menentang Burton.

Bekas pemain antarabang­sa England itu malah menjalani prosedur kecil untuk menyelesai­kan masalah jantung dan Mourinho sudah mendedahka­n bahawa Carrick akan ditawarkan jawatan jurulatih bersama skuad pasukan utama MU bila-bila sahaja dia mahu.

Mourinho percaya Carrick, yang berlatih semula sepenuhnya, akan kembali ke padang pada separuh kedua musim ini tetapi turut mengesahka­n pemain tengah itu sudah membayangk­an dia mahu menerima peranan jurulatih pada hujung kempen ini.

“Saya rasa dia akan bermain semula,” kata Mourinho, pengurus MU, kepada pemberita kelmarin.

“Dia ada beberapa bulan tanpa sebarang latihan, jadi sekarang dia memasuki minggu latihan keduanya bersama pasukan.

“Dia boleh menjadi pemain yang sangat penting untuk kami. Saya rasa keputusan untuk bersara pada hujung musim dan bulan pada minggu lepas, saya rasa ia adalah keputusan yang baik untuk pasukan dan keputusan yang baik untuknya berhenti MOURINHO bermain bola sepak dan bukan kerana dia cedera atau ada masalah.

“Jadi semua kami gembira dan pada hujung musim saya menjangka dia akan menyertai kakitangan, jika dia tidak mengubah fikiran.”

Mourinho, yang bakal menandatan­gani lanjutan kontrak sebagai pengurus MU, jelas sudah merangka rancangan untuk musim panas ini di Old Trafford.

Dua mengakui usaha MU mendapatka­n Alexis Sanchez, dan satu cadangan perjanjian yang melibatkan pemergian Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal, merupakan satu perkara yang luar daripada norma baginya.

“Saya rasa idea pasaran perpindaha­n pada pertengaha­n musim, biasanya saya kata ia adalah untuk membantu kelab yang tidak berjalan dengan baik pada musim panas,” kata Mourinho.

“Saya rasa bagi saya tujuan jendela perpindaha­n pada Januari adalah untuk mem- bantu kelab yang tidak berjalan dengan baik pada musim panas dan mereka rasa m e r e k a p e r l u membuat sesu a t u p a d a J a n u - ari untuk membantu apa yang mereka tidak buat dengan baik sebelum ini. “N a m u n jika kita ada peluang untuk mendapatka­n beberapa pemain istimewa, beberapa pemain dalam keadaan istimewa, beberapa pemain yang kita biasanya dapatkan pada musim panas dan kita ada peluang untuk melakukann­ya sekarang, itu adalah situasi istimewa dan kita cuba melakukann­ya. Ia semudah itu.” Bagaimanap­un, sementara perpindaha­n Sanchez sedang diusahakan, Mourinho menegaskan bidaan itu tidak menunjukka­n kelemahan sedia ada dalam skuadnya tetapi sebaliknya merupakan langkah yang diambil dengan mengambil kira jangka panjang. “Pasukan kami tidak kekurangan apa-apa,” katanya. “Ia bukan mengenai kekurangan sesuatu atau kami amat memerlukan sesuatu. Ia hanya memikirkan tentang penambahba­ikan pasukan pada masa depan. “Jika kami ada dalam fikiran kami pada musim panas untuk menambah baik pasukan dalam dua atau tiga posisi, pada asasnya untuk menambah baik pasukan dalam semua bahagian, jika kita ada peluang untuk melakukan sesuatu sekarang, ia bermakna kita tidak akan membuat apaapa pada m u s i m panas.” — AFP

Pengurus Manchester United

 ??  ?? CARRICK
CARRICK
 ??  ?? WALCOTT
WALCOTT
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia