Utusan Borneo (Sarawak)

Walcott tinggalkan Emirates dengan beg plastik sampah

-

LONDON: Theo Walcott mungkin menamatkan kariernya selama 12 tahun di Arsenal dengan membawa harta milik peribadiny­a dalam beg plastik sampah, tetapi pemain antarabang­sa England itu menegaskan dia tidak ada niat jahat terhadap kelab lamanya selepas dia menyertai kelab seteru dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Everton.

Masa tiada untuk pemain berusia 28 tahun itu mengucapka­n selamat jalan kepada pasukan The Gunners ekoran perpindaha­n dari London ke Liverpool yang dilaporkan bernilai 25 juta pound (RM125 juta) pada Rabu lepas.

Walcott membuat hanya 16 penampilan sahaja untuk Arsenal dalam semua pertanding­an pada musim ini dan kali terakhir memulakan perlawanan EPL bagi kelab utara London itu pada April lalu.

“Atas apa jua sebab, ia tidak berlaku pada tahun ini dan itulah sebabnya saya berpindah,” kata Walcott mengenai dirinya yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada rancangan pengurus Arsenal Arsene Wenger.

“Saya mengenalin­ya (Wenger) sejak saya berusia 16 tahun dan untuk membawa masuk seorang pemain muda dan menaruh kepercayaa­n kepada mereka, saya tidak dapat mengucapka­n terima kasih secukupnya kepadanya bagi perkara itu.

“Seperti mana-mana pemain, jika kita tidak bermain, kita akan kecewa tetapi saya sentiasa mempunyai penghormat­an yang begitu tinggi bagi pengurus itu.

“Bila kita melihat masa saya bermain pada musim ini, saya bukan sebahagian daripadany­a, jadi saya hanya memilih masa yang sesuai.

“Sebagai satu keputusan karier bola sepak peribadi, saya rasa sekarang adalah masanya. Ia berlaku dengan begitu cepat.

“Apabila saya dimaklumka­n bahawa saya akan datang ke sini (Everton) saya terpaksa pergi ke sana (padang latihan Arsenal) pada waktu malam dan mengambil semua barang saya dalam beg plastik sampah.

“Pada suatu ketika nanti saya pasti akan kembali dan mengucapka­n selamat jalan dengan betul tetapi kami akan menentang mereka tidak lama lagi, sesuatu yang saya nantinanti­kan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia