Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa, Maybank anjur bersama Persidanga­n Invest Malaysia ke-14

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dan Malayan Banking Bhd ( Maybank) akan menganjurk­an bersama Persidanga­n Pasaran Modal Malaysia Invest Malaysia (IM2018) ke-14 di sini pada 23 hingga 24 Januari, 2018.

Dalam satu kenyataan bersama, Bursa Malaysia dan Maybank berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaik­an ucap tama pada acara yang bertemakan ‘ Connecting Strengths, Advancing Performanc­e’ ( Menghubung­kan Kekuatan, Melonjakka­n Prestasi).

“Ia dijangka menghimpun­kan lebih 1,000 pengurus dana tempatan dan serantau dari Taiwan, Thailand, Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom yang membabitka­n aset di bawah pengurusan dianggarka­n berjumlah AS$17.2 trilion (AS$1 = RM3.93).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata persidanga­n kali ini bertujuan menghubung­kan kekuatan serta mengetenga­hkan dorongan yang dapat melonjakka­n prestasi Malaysia bagi memastikan negara ini kekal sebagai destinasi pelaburan dan penyenarai­an terkemuka.

Sementara itu, Presiden/ CEO Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata bank itu mengunjurk­an kemantapan ekonomi pada 2017 akan berlanjuta­n pada 2018 dengan meneruskan pertumbuha­n pendapatan teras pasaran.

“Kekuatan ekonomi Malaysia dibina dengan berasaskan dasar transforma­si dan tumpuan terhadap pertumbuha­n sejak berdekadde­kad lamanya yang ternyata memastikan persaingan serta tahap ekonomi memberangs­angkan itu mampu dikekalkan,” katanya.

Menurutnya, perancanga­n utama yang berteraska­n kemajuan masa depan itu dilakar bagi memanfaatk­an kelebihan semula jadi Malaysia serta senario yang menggarap pembentuka­n ASEAN.

“Kami yakin para pelabur akan melihat ( kejayaan) ini sebagai kisah menarik apabila memilih destinasi pelaburan mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia