Utusan Borneo (Sarawak)

KEVIN DINOBATKAN JUARA KESELURUHA­N •

Sekali gus membolehka­n atlet gusti lengan dari Taiwan itu muncul Juara Antara Juara membawa pulang ‘ Tukul Emas’

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Atlet gusti lengan dari Taiwan, Kevin Tsai dinobatkan juara keseluruha­n Pertanding­an Gusti Lengan Amal Antarabang­sa Premier 101 Sarawak 2018 yang berakhir di Premier 101 di sini malam kelmarin.

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n Kevin dinobatkan sebagai Juara Antara Juara untuk membawa pulang hadiah ‘Tukul Emas’.

Bagi kategori Pro Lengan Kanan 85 kilogram ke atas dimenangi Murray Mckay dari Australia diikuti Witawatt (Thailand) dan Chub Yury (Rusia).

Sementara itu, kategori Pro Lengan Kanan 75kg-85kg turut dimenangi Kevin Tsai, manakala pencabar dari Filipina, Mark Luis Ben muncul naib juara dan wakil Malaysia, Lee Yong Sheng di tempat ketiga.

Peserta Malaysia mendominas­i tiga kedudukan terbaik kategori Pro Lengan Kanan 75kg ke bawah apabila Joffey Jolly dan Faiz Razin masingmasi­ng menduduki tempat pertama dan ketiga sementara peserta Jepun, Suketoshi Itou menamatkan saingan naib juara.

Kategori Pro Lengan Kiri 80kg ke atas menyaksika­n Wittawat muncul juara mengatasi Murray Mckay dan Jack Burmester dari Australia.

Peserta Malaysia, Mohamad Nizar Yusof dan Joffey Jolly mendominas­i kategori Pro Lengan Kiri 80kg ke bawah manakala Qiao Yi dari China di tempat ketiga.

Dua kategori amatur yang dipertandi­ngkan membabitka­n Amatur 75kg ke atas dan 75kg ke bawah.

Dalam kategori Amatur 75kg ke atas dimenangi Bobby John dari Sabah diikuti Syuzefril (Selangor) dan Nickelson Rony (Sabah).

Bagi Amatur 75kg ke bawah, Stefano Steven dari Sabah muncul juara diekori Fariez Azril Ali (Pahang) dan peserta dari Sarawak, Kenny Choo di tempat ketiga.

Kategori Terbuka Wanita menyaksika­n jaguh dari China, Luo Na diumumkan sebagai juara mengatasi Intan Marziyah dari Malaysia dan Shibaoka Mizuho dari Jepun.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Khui Hian.

Turut hadir Penasihat SASA, Datuk Seri Teng Chi Lik, Presiden SASA, Matthew Dominic Barin dan pengerusi penganjur, Stephen Kee.

Pertanding­an dua hari berlangsun­g pada 19 dan 20 Januari itu anjuran Kelab Komuniti Premier 101 dan Persatuan Gusti Lengan Sarawak (SASA) turut disokong Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Keseniaan, Belia dan Sukan.

Lebih menarik apabila kejohanan bertaraf dunia edisi ketiga itu menampilka­n jaguh gusti lengan dunia dari Kanada, Devon Larratt selain menerima penyertaan 500 atlet gusti lengan dari lebih 20 negara.

 ??  ??
 ??  ?? JUARA: Kevin Tsai dari Taiwan selaku juara keseluruha­n pertanding­an.
JUARA: Kevin Tsai dari Taiwan selaku juara keseluruha­n pertanding­an.
 ??  ?? KENANGAN: Peserta bergambar kenangan bersama pengajur pertanding­an.
KENANGAN: Peserta bergambar kenangan bersama pengajur pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia