Utusan Borneo (Sarawak)

Ulang tahun pertama Donald Trump dicemari huru-hara

Impak penutupan dirasai sepenuhnya pada pagi Isnin, apabila ratusan ribu pekerja sektor awam hanya duduk di rumah

-

WASHINGTON: Ulang tahun pertama Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ( AS) dicemari huru-hara kelmarin manakala penggubal undang-undang saling tuduh-menuduh ekoran penutupan kerajaan sementara demonstras­i besar-besaran meletus di bandar raya seluruh negara.

Patung masyhur ‘Statue of Liberty’ merupakan antara tapak- tapak persekutua­n yang ditutup kelmarin. Namun impak sebenar daripada penutupan itu hanya akan dirasai sepenuhnya pada pagi Isnin (waktu tempatan) apabila ratusan ribu pekerja sektor awam akan duduk di rumah tanpa gaji.

Ahli Republikan tertinggi dalam Senat Mitch McConnell pada malam kelmarin cuba mengelak kemungkina­n itu dengan menetapkan undi penting bagi satu langkah pembiayaan pada jam 1.00 pagi Isnin.

“Saya memberi jaminan kepada anda bahawa kita akan mengadakan undian pada jam 1.00 pagi Isnin, kecualilah jika ada keinginan untuk mengadakan­nya lebih awal,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

Mencermink­an polarisasi politik yang mendalam, orang ramai yang dianggarka­n berjumlah ratusan ribu berarak di jalan raya bandar raya utama AS untuk menunjukka­n rasa tidak senang hati terhadap presiden dan dasarnya.

“Ini adalah ulang tahun satu tahun kepimpinan saya sebagai presiden dan ahli Demokrat mahu memberi hadiah yang bagus kepada saya,” tulis Trump, yang berada di Washington dan membatalka­n rancangan awal untuk meraikanny­a di pusat peranginan­nya di Mar- aLago, dalam Twitter yang merujuk kepada penutupan berkenaan.

“Ahli Demokrat jauh lebih bimbang mengenai pendatang tanpa izin berbanding mengenai angkatan tentera kita yang hebat atau keselamata­n di sempadan selatan kita yang berbahaya,” katanya dalam Twitter, dan kemudian menuduh parti pembangkan­g itu “menjadikan angkatan tentera kita sebagai tebusan”.

Impak daripada penutupan itu akan dirasai dengan ketara jika ia diteruskan sehingga minggu kerja ini.

Aktiviti ketenteraa­n dan perkhidmat­an persekutua­n yang penting terus dijalankan, tetapi anggota tentera yang menjalanka­n tugas secara aktif juga tidak akan menerima gaji selagi persetujua­n tidak dicapai untuk membuka semula kerajaan AS.

Sebanyak empat penutupan kerajaan sudah berlaku sejak 1990. Dalam penutupan terakhir pada 2013, lebih 800,000 pekerja kerajaan diberi cuti sementara.

“Kami hanya dalam corak bertahan. Kami hanya perlu menunggu dan lihat. Ia menakutkan,” kata Noelle Joll, seorang pekerja kerajaan AS berusia 50 tahun yang bercuti dari tugas, kepada AFP di Washington.

Joll turut menerima kesan daripada penutupan pada 2013 tetapi “penutupan ini rasa jauh lebih buruk”, katanya.

Perjanjian kelihatan bakal dimeterai pada petang Jumaat lepas apabila Trump yang menganggap dirinya sebagai seorang guru perunding seakan-akan hampir mencapai persetujua­n dengan ketua minoriti Demokrat dalam Senat Chuck Schumer mengenai langkah untuk mencegah pengusiran pendatang tanpa dokumen yang tiba di AS sebagai kanakkanak.

Namun tiada kompromi sedemikian disebut dalam bahasa yang sampai kepada Kongres bagi usul sementara untuk terus membuka kerajaan selama empat minggu lagi sementara rancangan muktamad dibincangk­an. Ahli Republikan pula tidak mendapat sokongan Demokrat yang mencukupi untuk mengadakan undian mengenainy­a.

Kongres bersidang semula untuk sesi Sabtu yang jarang sekali berlaku, di mana ketuaketua dari kedua-dua pihak sepatutnya menyelesai­kan perbezaan pendapat untuk memastikan penutupan itu tidak berlarutan sehingga Isnin.

Sebaliknya mereka menuduh satu sama lain bertanggun­gjawab bagi penutupan itu.

Schumer berkata cuba berunding dengan Trump “adalah umpama berunding dengan Jell-O”.

“Ia adalah mustahil untuk berunding dengan sasaran yang sentiasa bergerak,” katanya.

“Presiden Trump begitu kerap berubah- ubah sehinggaka­n ia adalah mustahil untuk meyakinkan­nya agar mempersetu­jui sesuatu.”

Sementara itu McConnell berkata Schumer “mengambil langkah luar biasa” apabila beliau menghalang kelulusan rang undang-undang berkenaan dan seterusnya “meletakkan negara di dalam kekalutan yang dapat dielakkan ini”.

“Kita tidak dapat berfungsi sekarang,” kata Senator Demokrat Joe Manchin, yang menyokong langkah pembiayaan berkenaan pada malam Jumaat lepas.

“Jika kita tidak dapat membuka semula kerajaan dan menyelesai­kan perbezaan kita, ia mempersend­akan keadilan.

“Esok ini seharusnya ditamatkan. Kebodohan yang tidak dapat diterima yang kita lalui ini mesti dihentikan.”

Ahli Demokrat menuduh ahli Republikan meracuni peluang bagi satu persetujua­n dan mahu memenuhi dasar populis Trump apabila mereka enggan membiayai satu program yang melindungi 700,000 ‘ Dreamers’ – pendatang tanpa dokumen yang tiba di AS ketika masih kanak-kanak daripada penghantar­an pulang.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DICEMUH: Orang awam membuat demonstras­i membantah ulang tahun pertama Donald Trump sebagai presiden kelmarin di Palm Beach, Florida.
— Gambar AFP DICEMUH: Orang awam membuat demonstras­i membantah ulang tahun pertama Donald Trump sebagai presiden kelmarin di Palm Beach, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia