Utusan Borneo (Sarawak)

Diane Kruger khuatir perubahan di Hollywood tidak bertahan lama

-

AKTRES Hollywood Diane Kruger baru-baru ini berkata bahawa pergerakan #MeToo telah menakutkan lelaki berkuasa tetapi dia khuatir perubahan itu mungkin tidak lama.

Bintang kelahiran Jerman itu, yang memenangi anugerah aktres terbaik pada Mei lalu di Festival Filem Cannes untuk ‘In the Fade’ – yang diramal dengan hangat akan menerima pencalonan bagi anugerah Oscar dalam kategori filem asing terbaik – memberitah­u televisyen Perancis bahawa dia tidak pernah menerima bayaran sebanyak bintang lelaki lain yang berlakon bersamanya.

Namun dia menegaskan perubahan berkekalan hanya dapat dilakukan dengan bantuan kaum lelaki.

Kruger berkata kemajuan yang dibuat berhubung gangguan sejak skandal serangan seksual Harvey Weinstein menggegark­an Hollywood mungkin ilusi sahaja jika budaya tidak berubah bersamanya.

“Buat masa sekarang ia sedang berubah kerana kaum lelaki takut,” kata aktres itu, yang mencipta nama pada peringkat antarabang­sa dengan filem arahan Quentin Tarantino ‘Inglouriou­s Basterds’ pada 2009.

“Setiap hari terdapat orang baharu yang dikecam (sebagai pencabul),” katanya kepada BFMTV.

“Bagaimanap­un, saya takut dalam masa enam bulan lagi, atau setahun, atau malah 10 tahun, kita akan masih mendengar perkara yang sama.”

“Ia mesti ditamatkan – keadaan perlu berubah dan semua orang perlu bersuara supaya kita dapat cuba melangkah

ke seksualiti sahaja, tetapi dalam cara kita dibayar.

“Saya tidak pernah diberi bayaran yang sama dengan lelaki yang berlakon di samping saya. Itu tidak betul,” katanya.

“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga, dan kaum wanita perlu bersatu padu KHUATIR: Gambar fail bertarikh 11 Januari 2018 menunjukka­n Diane Kruger (kiri) tiba bersama Norman Reedus di acara Critics’ Choice Awards yang ke-23 di Santa Monica, California. Kruger baru-baru ini berkata bahawa pergerakan #MeToo telah menakutkan lelaki berkuasa tetapi dia khuatir perubahan itu mungkin tidak lama. untuk perjuangan ini.”

Namun Kruger, 41, berkata kaum lelaki perlu menyertai kaum wanita untuk membawa perubahan budaya yang tulen.

“Paling utama sekali kita memerlukan kaum lelaki di pihak kita yang berjuang untuk kita dan mempertaha­nkan kepentinga­n kita. Kaum wanita sahaja tidak dapat mengubah keadaan,” ujarnya.

Kruger berlakon sebagai seorang balu yang mahu membalas dendam dalam filem aksi arahan Fatih Akin yang berlatarbe­lakangkan Hamburg, ‘In the Fade’, yang pada minggu lepas memenangi filem asing terbaik di Anugerah Critics’ Choice, yang cenderung menjadi peramal paling tepat bagi pencalonan Oscar. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? hadapan, bukan hanya dari segi
— Gambar Reuters hadapan, bukan hanya dari segi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia