Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal buatan Sarawak laris

TasPorts, Australia terima kapal King Islander 2 dibina Vitawani Sdn Bhd bernilai AS$8 juta

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Perbadanan Pelabuhan Tasmania (TasPorts), Australia semalam menerima kapal King Islander 2, kapal pendaratan (landing craft) sepanjang 80 meter dibina syarikat pembinaan kapal Sarawak, Vitawani Sdn Bhd bernilai AS$ 8 juta.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksika­n penyerahan kapal oleh Vitawani Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya Toh Yu Seng manakala TasPorts diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Paul Weeden.

Dalam ucapannya, Awang Tengah berterima kasih kepada Perbadanan Pelabuhan Tasmania yang mempunyai kepercayaa­n dan keyakinan kepada pembuat kapal Sarawak membina kapal King Islander 2 untuk menyelesai­kan isu-isu pengangkut­an dihadapi di King Island.

“Tahniah kepada Vitawani

Tahniah kepada Vitawani Sdn Bhd berjaya membina kapal berkualiti tinggi dan dapat dihantar tepat pada masanya kepada Perbadanan Perkapalan Tasmania. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Tinbalan Ketua Menteri

Sdn Bhd berjaya membina kapal berkualiti tinggi dan dapat dihantar tepat pada masanya kepada Perbadanan Pelabuhan Tasmania,” katanya.

Menurutnya, Sarawak mengekspor­t kapal bernilai RM376.5 juta pada 2016 dan nilai eksport kapal berjumlah RM302.5 juta dicatat untuk tempoh Januari hingga November tahun lalu.

“Industri pembinaan dan pembaikan kapal di Sarawak bermula kira-kira 105 tahun lalu dengan penubuhan Brooke Dockyard pada 1912 oleh Rajah Sarawak dan di Sibu industri ini bermula pada 1930.

“Hari ini, Sarawak mampu membina pelbagai jenis kapal seperti kapal sokongan pesisir, kapal tunda, bot penumpang dan sebagainya.

“Kapal ini mencapai standard antarabang­sa dan dieksport ke Singapura, Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Pulau Solomon, Brunei Darussalam, Papua New Guinea, Timur Tengah, Amerika dan Australia,” katanya.

Awang Tengah berkata, kerajaan negeri melalui kementeria­nnya terus menyokong industri pembinaan dan pembaikan kapal menjadikan­nya lebih berdaya saing dalam pasaran global.

“Pada 2003, kerajaan memindahka­n 17 limbungan kapal ke Rantau Panjang dan kini kerajaan meluluskan kawasan seluas 250 ekar untuk tujuan tersebut,” jelasnya.

Selaras dengan usaha ekonomi digital dan Industri 4.0 untuk memacu agenda perindustr­ian, Awang Tengah berkata industri pembinaan dan pembaikan kapal perlu meneroka penyelesai­an perki- langan ditawarkan Industri 4.0 untuk kemajuan teknologi pengeluara­n dan operasi.

“Saya percaya industri pembinaan dan pembaikan kapal tempatan berpotensi berkembang.

“Mereka perlu meneroka segmen-segmen pasaran lain seperti sektor perikanan, pelanconga­n marin dan sek- tor-sektor lain,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh, Setiausaha Tetap Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datu Liaw Soon Eng, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Presiden Persatuan Perkapalan Sibu Ngieng Ping Sing.

 ??  ??
 ??  ?? BUATAN TEMPATAN: Weeden (tiga kanan) berbincang sesuatu dengan Awang Tengah mengenai kapal King Islander 2.
BUATAN TEMPATAN: Weeden (tiga kanan) berbincang sesuatu dengan Awang Tengah mengenai kapal King Islander 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia