Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS MARIN MERAMPAS 133 BALAK HARAM

-

MIRI: Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya membantera­s kegiatan pembalakan haram di Hulu Baram membuahkan hasil apabila berjaya merampas sejumlah 133 kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan anggaran nilai RM18,950.10.

Rampasan kayu balak pelbagai jenis termasuk spesies terlindung seperti tapang, menggris dan engkabang itu dilakukan di sebuah kawasan Sungai Maloi, Temala Baram dekat sini kirakira jam 10 pagi Jumaat lalu.

Komander PPM Wilayah Lima Sarawak ACP Salehuddin Mat Zaman berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan PPM, sebanyak 133 kayu balak dirampas kerana disyaki tidak mempunyai tanda hak milik serta tanda cukai daripada Jabatan Hutan Sarawak.

“Tiada jentera atau suspek dikesan di tempat kejadian sewaktu pemeriksaa­n dilakukan.

“Semua kayu balak ditahan di bawah Seksyen 80 Ordinan Hutan 2015 (Cap. 71) sebelum diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Salehuddin berkata, pemeriksaa­n dijalankan bersama penguat kuasa Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Miri dalam Ops Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Mereka terlibat ialah tiga anggota Unit Risikan Marin PPM Miri bersama tujuh penguat kuasa SFC Miri.

“PPM Wilayah Lima Sarawak meneruskan usaha membantera­s pembalakan haram dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti SFC dan Jabatan Hutan,” katanya.

 ??  ?? KHAZANAH: Kayu berusia ratusan tahun ditebang sewenang-wenangnya oleh orang tidak bertanggun­gjawab, dengan mudah mengaut keuntungan.
KHAZANAH: Kayu berusia ratusan tahun ditebang sewenang-wenangnya oleh orang tidak bertanggun­gjawab, dengan mudah mengaut keuntungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia