Utusan Borneo (Sarawak)

RUNDINGAN FASA KEDUA MA63 BERMULA HARI INI

-

KUCHING: Rundingan fasa kedua mengenai hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan negeri dan pusat bermula hari ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata fasa pertama bagi rundingan ini telah selesai dengan beberapa perkara berjaya dicapai.

Antaranya, Sarawak berjaya mendapatka­n hak dari sudut undang-undang yang membolehka­n dakwaan dibuat ke atas individu yang melanggar undang-undang Sarawak.

Kejayaan lain menerusi rundingan fasa pertama termasuk dari sudut pendidikan di mana permohonan kemasukan ke universiti di Sarawak tidak perlu melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Manakala kejayaan ketiga hasil rundingan fasa pertama ialah Sarawak mempunyai jawatankua­sa bersama dalam hak-hak bersama antara kerajaan pusat dan negeri.

“Fasa kedua yang bermula esok (hari ini) adalah lebih rumit di mana kita hendak mendapatka­n kembali hakhak kita yang terhakis termasuk sempadan kita negeri Sarawak di mana ada minyak dan gas.

“Ini adalah bahagian yang paling sukar dan menuntut pakar undang-undang untuk mengkaji hak-hak kita yang termaktub dalam MA63.

“Saya akan teruskan usaha Tok Nan ini di samping itu kita mesti berusaha meningkatk­an ekonomi kita dengan menggunaka­n cara baharu iaitu ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 4 di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari yang juga presiden PBB mengucapka­n tahniah kepada PBB Zon 4 kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat ini dengan lancar.

PBB Zon 4 yang diketuai Datuk Julaihi Narawi terdiri daripada enam cawangan iaitu N.24 Sadong Jaya, N.25 Simunjan, N.26 Gedong, N.27 Sebuyau, N.28 Lingga dan N.29 Beting Maro.

“PBB adalah sebuah parti yang menggambar­kan keunikan yang luar biasa di mana apabila ada peralihan kuasa kita jalankan dengan penuh budaya yang begitu baik sekali.

“Bermula daripada Tun Rahman kepada Tun Taib, Tun Taib kepada Tok Nan dan kini saya sebagai kapten ‘Team Tok Nan’, tidak ada masalah yang dihadapi dalam parti.

“Inilah PBB yang telah banyak mengubah Sarawak dan kita dalam PBB akan teruskan berkhidmat kepada rakyat negeri ini dengan mengambil kira kepentinga­n semua kaum,” katanya.

Turut hadir pada perasmian mesyuarat itu semalam, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga masing-masing timbalan presiden PBB.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia