Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN dipuji segera bantu mangsa bencana

JKM, JBPM dan APM terlibat hulur bantuan mangsa bencana alam di kawasan Tanjong Pedada, Mukah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) dipuji apabila segera menghulurk­an bantuan kepada mangsa bencana alam di kawasan Tanjong Pedada di sini.

Salah seorang penduduk, Tuai Rumah Mawar Awang Mohamad berkata beliau berterima kasih terhadap bantuan disalurkan kepada mangsa banjir.

“Kerajaan sangat prihatin kepada kami yang terputus hubungan jalan raya kerana banjir, berterima kasih atas bantuan segera ini,” katanya di sini semalam.

Jabatan terlibat pengagihan bantuan itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bekalan makanan disalurkan setelah Jawatankua­sa Bencana Alam memutuskan memberi bantuan pada mesyuarat petang Khamis

Kerajaan sangat prihatin kepada kami yang terputus hubungan jalan raya kerana banjir, berterima kasih atas bantuan segera ini. Awang Mohamad Tuai Rumah Mawar

lalu.

Sebelum penghantar­an bantuan itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah mengatakan bahawa seramai 1,582 penerima terdiri daripada 288 keluarga terjejas banjir menerima bantuan sejak Jumaat lalu.

“Kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir di Tanjong Pedada di sini,” katanya.

Melalui bantuan berupa makanan asas itu, beliau berharap sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban mangsa banjir di kawasan terbabit.

Fatimah turut mengucapka­n terima kasih kepada agensi-agensi terlibat dalam menjayakan penghantar­an bantuan makanan tersebut. Sejak 12 Januari lalu, jalan raya menghubung­kan 18 rumah panjang, sebuah kampung dan dua sekolah di kawasan Tanjong Pedada di sini terputus akibat banjir.

Penduduk kawasan itu turut menagih simpati kerajaan agar segera menaik taraf jalan raya sepanjang satu kilometer yang kerap ditenggela­mi air setelah siap dibina sejak 2011.

Difahamkan walaupun ada dinaik taraf namun ketinggian jalan raya tersebut belum mencukupi untuk mengelak daripada banjir.

 ?? — Gambar Ihsan JKM ?? AGIH BANTUAN: JKM, APM dan JBPM mengagihka­n bantuan kepada mangsa banjir terjejas di sebuah kawasan rumah panjang.
— Gambar Ihsan JKM AGIH BANTUAN: JKM, APM dan JBPM mengagihka­n bantuan kepada mangsa banjir terjejas di sebuah kawasan rumah panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia