Utusan Borneo (Sarawak)

Enam surau, masjid akan dibina semula di Parlimen Santubong

-

KUCHING: Enam surau dan masjid melibatkan kos keseluruha­n RM20 juta akan dibina semula di kawasan Parlimen Santubong bermula Jun tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara surau dan masjid yang akan dinaik taraf itu ialah di Kampung Pulau Salak, Kampung Kudi di Jalan Pasir Pandak, Kampung Stoh di Lundu, Kampung Semilang dan Beradik, Kampung Sepakat Jaya dan Taman Mesra Rakyat di Bako.

Menurut beliau, perancanga­n untuk membina kesemua surau dan masjid itu telah dicadangka­n sejak 2011, namun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk isu membabitka­n pemilihan tapak tanah, pelantikan kontraktor dan sebagainya.

“Justeru, saya berharap penduduk terlibat dengan agensi berkaitan dapat mencapai persetujua­n segera agar pembinaan keenam- enam surau dan masjid ini dapat dilaksanak­an.

“Insya-Allah sekiranya isu ini selesai, saya jangkakan bulan Jun tahun ini, kita akan dapat memulakan projek pembinaan untuk keenamenam surau dan masjid tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pembinaan Surau Ar- Rahman Family Park Kuching di sini, semalam.

Bercakap lanjut mengenai majlis semalam, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong memberitah­u, sebanyak RM2.4 juta diperuntuk­kan bagi membina Surau Ar-Rahman.

Katanya, peruntukan yang diberikan adalah hasil dana yang disalurkan kerajaan persekutua­n, kutipan penduduk dan sumbangan pemaju Custodev Sdn Bhd yang turut mewakafkan tanah seluas 1.5 ekar untuk pembinaan surau tersebut.

“Sesungguhn­ya, saya amat berterima kasih kepada pihak yang telah memberi peruntukan ini dalam usaha kita mahu menyediaka­n kemudahan tempat beribadah yang baik untuk penduduk Islam di kawasan perumahan ini,” katanya.

Tambah beliau, apabila surau itu dijangka siap pada bulan Disember tahun ini, ia mampu menampung seramai 500 jemaah dalam satu masa.

Sehubungan itu, beliau menggesa kontrakor yang dilantik agar melakukan kerja-kerja pembinaan surau itu dengan baik dan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

 ??  ?? MELAWAT TAPAK PEMBINAAN SURAU: Wan Junaidi mendengar penerangan daripada wakil Jabatan Kerja Raya Kuching sambil melihat reka betuk Surau Ar-Rahman Family Kuching Park, semalam.
MELAWAT TAPAK PEMBINAAN SURAU: Wan Junaidi mendengar penerangan daripada wakil Jabatan Kerja Raya Kuching sambil melihat reka betuk Surau Ar-Rahman Family Kuching Park, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia