Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan sukan sementara bakal dibina di Darul Hana

-

KUCHING: Prasarana sukan khususnya padang bola sepak sementara akan dibina di Darul Hana di Petra Jaya, di sini dalam masa terdekat ini.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, beliau telah memohon daripada Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) yang telah bersetuju dengan rancangan berkenaan.

“Kemudahan sukan, khususnya padang bola sepak sementara untuk golongan muda akan dibina di sebuah kawasan di Darul Hana sementara menunggu pembanguna­n di kawasan tersebut lengkap dibina sepenuhnya,” katanya pada Majlis Penutupan Pertanding­an Piala Kapas di SK Gersik di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, kemudahan itu akan melengkapk­an Kampung Seberang yang telah banyak melahirkan pemain Sarawak.

Beliau pada masa sama turut melahirkan kebimbanga­n atas kekurangan pemain bola sepak negeri yang dipercayai atas kekurangan kemudahan tersebut sebagai landasan mempamerka­n bakat.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha penganjur yang tidak menjadikan kekurangan prasarana sebagai penghalang daripada mengadakan acara sukan sedemikian.

Pertanding­an anjuran Ranting Bapa, Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Panglima Seman Ulu di padang SK Gersik memperliha­tkan penyertaan 32 pasukan dari Kuching dan Asajaya dari 13 hingga 21 Januari.

Pertanding­an Piala Kapas diadakan buat pertama kali mengambil sempena pasukan Kapas yang terkenal di Kuching pada era 70-an yang pernah dianggotai Awang Mahyan, Ali Shafie dan pemain-pemain Sarawak yang lain.

Keadaan hujan lebat dan padang becak tidak melunturka­n semangat pasukanpas­ukan yang beraksi pada hari terakhir pertanding­an berkenaan.

Perlawanan akhir menyaksika­n pasukan KPH FC bertembung dengan KALLOSA yang berkesudah­an seri satu sama.

Menerusi sepakan penalti menyaksika­n KPH FC menang dengan jarisan 3-2. Keputusan penuh adalah KPH FC 4 manakalaKA­LLOSA 3.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PBB Pantai Damai Drahman Jeladin dan penganjur majlis Razali Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia