Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan guna pendekatan baharu iaitu grid air negeri, RM1 bilion dilulus untuk pembanguna­n fasa pertama grid

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan negeri akan memperbaik­i sistem bekalan air khususnya di luar bandar menggunaka­n pendekatan baharu iaitu grid air negeri (state water grid).

Bagi tujuan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg semalam meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi pembanguna­n fasa pertama grid tersebut.

“Kita telah memutuskan untuk memperbaik­i sistem bekalan air khususnya di luar bandar di mana kita akan menggunaka­n pendekatan baharu iaitu grid air negeri.

“Grid ini akan menyalurka­n sumber air dari empangan kita terus ke perkampung­an dan rumah panjang di kawasan luar bandar.

“Untuk fasa pertama ini, kita akan memasang saluran grid ini dari Empangan Batang Ai hingga ke Tanjung Manis dan seterusnya hingga ke utara negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Zon 4 di Dewan Kompleks Islam di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai grid tersebut, Abang Johari yang ditemui selepas perasmian mesyuarat tersebut berkata ia bukan sahaja untuk kegunaan harian penduduk tetapi juga pertanian.

Sektor pertanian katanya, terutama yang menggunaka­n kaedah fertigasi memerlukan sumber air yang mencukupi serta konsisten untuk hasil yang lumayan.

Abang Johari turut tidak menolak bahawa pembanguna­n grid akan menelan belanja yang besar tetapi beliau dan rakan-rakan dalam kabinet mempunyai model untuk membiayai projek berkenaan.

“Sekarang ini kita telah melantik perunding untuk mengkaji kemungkina­n mendapatka­n sumber air dari Empangan Batang Ai, selepas itu kita akan melaksanak­an fasa pertama grid ini dalam masa dua tahun.

“Selepas itu kita akan meneruskan hingga ke utara negeri ini,” katanya sambil menambah, Sarawak mempunyai empat empangan iaitu Batang Ai, Bakun, Murum dan yang baharu nanti Balleh.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata beliau akan mengemukak­an satu rang undang-undang mengenai tasik buatan manusia pada hujung tahun ini.

Antara kandungan dalam undang- undang itu nanti termasuk kawasan sumber air di mana Sarawak akan mempunyai sumber air 24 jam berbanding keadaan sekarang.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? MESRA: Abang Johari berjabat tangan dengan pemimpin PBB yang menyambut ketibaan beliau bagi perasmian Mesyuarat Perwakilan Zon 4 di Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi MESRA: Abang Johari berjabat tangan dengan pemimpin PBB yang menyambut ketibaan beliau bagi perasmian Mesyuarat Perwakilan Zon 4 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia