Utusan Borneo (Sarawak)

Perwakilan PBB Zon 4 mahu Abang Johari kekal sebagai presiden

-

KUCHING: Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 4 mahu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dikekalkan sebagai presiden parti tersebut pada perhimpuna­n agung yang akan datang.

Perkara berkenaan telah dipersetuj­ui pada mesyuarat perwakilan bagi zon tersebut semalam yang terdiri daripada enam cawangan iaitu Sadong Jaya, Simunjan, Gedong, Sebuyau, Lingga dan Beting Maro.

Ketua PBB Zon 4 Datuk Julaihi Narawi berkata mengekalka­n jawatan presi- den, mereka juga mencapai ketetapan untuk mengekalka­n dua jawatan timbalan presiden yang kini dipangku oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Kami juga bersetuju supaya kedua- dua jawatan ketua pemuda dan wanita tidak dipertandi­ngkan pada perhimpuna­n itu nanti.

“Ketetapan yang kami ambil ini merupakan muafakat untuk terus bersama mengukuhka­n PBB yang menjadi harapan rakyat di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Zon 4 di Dewan Kompleks Islam dekat sini semalam.

Julaihi yang juga naib presiden PBB dan ketua cawangan Sebuyau menambah, Zon 4 turut menyokong kepimpinan Abang Johari untuk terus berunding dengan kerajaan pusat bagi mengambil balik hak-hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selain itu, mereka juga bersetuju supaya kerajaan negeri terus memberi penekanan kepada agenda luar bandar yang menjadi kekuatan ke- pada PBB.

“Kami memohon supaya kerajaan negeri terus melihat dan memperjuan­gkan pembinaan jalan-jalan perhubunga­n sama ada di pesisir pantai mahupun pedalaman Sarawak.

“Ini termasuk pembinaan jambatan yang perlu dibina di pesisir pantai dan pedalaman kerana yang menjadi harapan rakyat kerana tanpa kemudahan ini kami di luar bandar akan ketinggala­n daripada arus pembanguna­n,” ujarnya.

Julaihi yang juga Menteri Muda Jalan Pesisir juga berharap PBB akan terus bersifat inklusif di mana pandangan rakyat luar bandar terus diambil kira dalam agenda pembanguna­n negeri.

Mesyuarat itu semalam turut dihadiri semua ketua bagi cawangan berkenaan iaitu Aidel Lariwoo (Sadong Jaya), Awla Dris (Simunjan), Datuk Naroden Majais (Gedong), Simoi Peri (Lingga), Razaili Gapor (Beting Maro) dan Julaihi sendiri.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PENGHARGAA­N: Julaihi (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n merasmikan mesyuarat di Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PENGHARGAA­N: Julaihi (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n merasmikan mesyuarat di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia