Utusan Borneo (Sarawak)

Industri madu kelulut berpotensi besar dimajukan berikutan peningkata­n permintaan

-

SARIKEI: Industri pengeluara­n madu kelulut di negeri ini berpotensi besar dimajukan berikutan madu ini semakin mendapat tempat dan permintaan tinggi daripada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, peningkata­n permintaan madu kelulut kini amat tinggi kerana masyarakat telah sedar akan manfaatnya kepada kesihatan jika diamal secara betul.

“Berdasarka­n faktor tersebut, masyarakat perlu mengintai setiap peluang yang ada, hasil daripada permintaan yang semakin tinggi terhadap produk daripada madu kelulut ini.

“Antaranya dengan mengusahak­an ternakan madu kelulut. Masyarakat di luar bandar mempunyai peluang yang amat besar untuk menter- nak lebah kelulut, kerana secara asasnya lebah ini membiak dan terdapat di persekitar­an mereka.

“Masyarakat perlu sedar bahawa industri ini mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara besarbesar­an,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Program Lestari Modal Insan Koperasi dan Ceramah Potensi Penternaka­nLebahKelu­lutJana Pendapatan anjuran Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan disertai 200 peserta yang terdiri daripada warga koperasi, kakitangan agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Menurut Ding, masyarakat di kawasan luar bandar perlu bangkit dan berusaha menceburi bidang keusahawan­an yang mampu memberi pen- dapatan lumayan.

Katanya, dewasa ini ramai usahawan telah berkembang dan berjaya, dengan syarat yang berminatde­nganbidang­iniperlu bijak memanfaatk­an peluang untuk memajukan diri.

“Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada golongan yang berminat dalam bidang ini, dengan menyediaka­n pelbagai bantuan seperti khidmat nasihat, bantuan kewangan dan pelbagai bantuan sokongan lain.

“Jika masyarakat ingin berubah dan maju, mereka perlu bersedia bersaing, dengan cara ini mereka mampu melonjakka­n taraf ekonomi ke tahap memberangs­angkan,” tegas Ding.

Turut hadir Ketua Sektor Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak Roslan Bani Amin dan Pegawai Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Martin Lo.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Sharifah Hasidah (empat kanan)merakam kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundanga­n 2018. Turut kelihatan (dari kanan)Mohamed Apandi, Richard, Rauf, Zulkefli dan Ahmad.
UNTUK ALBUM: Sharifah Hasidah (empat kanan)merakam kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundanga­n 2018. Turut kelihatan (dari kanan)Mohamed Apandi, Richard, Rauf, Zulkefli dan Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia