Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan guna sistem yang kini diguna mahkamah di Sabah, Sarawak

-

KUCHING: Sarawak akan memperluas­kan penggunaan sistem pendigital­an dikenali ‘e-filing’ ke dalam aspek-aspek lain kerajaan negeri.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata bagi tujuan itu kerajaan negeri akan mengguna pakai sistem ‘ e- filing’ yang ketika ini digunakan oleh mahkamahma­hkamah di Sabah dan Sarawak.

“Sistem pengurusan kes dalam mahkamah-mahkamah di Sabah dan Sarawak telah dibangunka­n oleh SAINS, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri Sarawak.

“Kita berharap sistem ini sentiasa dalam seliaan yang baik dan terus dipertingk­atkan supaya ia dapat diperluask­an ke dalam aspek-aspek lain sektor kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Makan Malan Gala sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundanga­n 2018 di sebuah hotel di Miri malam kelmarin.

Sharifah Hasidah berkata pembanguna­n (sistem) digital di Sarawak merupakan antara perkara yang amat dekat di hati ketua menteri (Abang Johari).

Beliau berkata banyak sebab menuntut Sarawak beralih kepada dunia digital dan salah satu daripadany­a ialah untuk membawa perkhidmat­an yang lebih baik untuk rakyat.

“Menerusi dunia digital ini, rakyat dapat mengakses perkhidmat­an kerajaan menerusi hanya menekan satu butang, dari satu platform bersepadu meliputi semua kitaran hidup individu dari mula lahir hingga meninggal dunia,” jelasnya.

Abang Johari juga katanya, pernah mengatakan bahawa Sarawak mesti berubah untuk menguasai revolusi digital dan melaksanak­an strategist­rategi serta inisiatif-inisiatif seiring dengan kemajuan teknologi di negara lain.

“Jika kita tidak berbuat demikian, kita Sarawak akan ketinggala­n,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai ‘e-filing’ sistem pengurusan kes mahkamah di Sabah dan Sarawak, Sharifah Hasidah berkata ia telah diguna pakai sejak 2012.

Menurutnya mahkamah di Sabah dan Sarawak mengambil langkah ke hadapan dalam ‘ e- sistem’ dengan melaksanak­an persidanga­n video, persidanga­n audio, pemberitah­uan mahkamah melalui e-mel dan format e-ulasan bagi prosiding mahkamah tertentu.

“Saya dimaklumkk­an bahawa komunikasi atau prosiding yang cukup selesa ini menerusi e-sistem mahkamah merupakan idea Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.

“Saya menerima maklum balas yang sangat baik daripada peguam tempatan di Sarawak, mengatakan adaptasi sedemikian iaitu penggunaan sistem ‘e-filing’ telah membawa manfaat besar kepada peguam serta badan kehakiman,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Sharifah Hasidah berkata peguam perlu menegakkan keadilan dalam masyarakat kerana itu merupakan peranan paling penting digalas kumpulan profesiona­l itu.

Peguam katanya, harus bertindak tanpa berasa takut atau memihak kepada penyalahgu­naan hak asasi manusia, ketidaktah­uan undang-undang sama ada dalam sektor kerajaan atau sebaliknya.

“Paling penting, bangkit menentang jika terdapat perlanggar­an kebebasan asasi,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Hakim Negara Tun Rauf Sharif, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Seri Zulkefli Ahmad Makinudin, Peguam Negara Malaysia Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarop dan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Sistem pengurusan kes dalam mahkamah-mahkamah di Sabah dan Sarawak telah dibangunka­n oleh SAINS, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri Sarawak. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek)

 ??  ?? ALBUM: Dr Annuar (tengah) bergambar bersama peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sibu 2018 di Masjid An-Nur Sibu, malam kelmarin.
ALBUM: Dr Annuar (tengah) bergambar bersama peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sibu 2018 di Masjid An-Nur Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia