Utusan Borneo (Sarawak)

Keropok lekor D’junai Lekor bakal lebar sayap ke China

-

KOTA SAMARAHAN: Keropok lekor anak tempatan Kampung Tanjung Bundong, D’junai Lekor bakal melebarkan sayapnya ke China.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang semasa mengadakan lawatan ke kilang pemprosesa­n keropok lekor D’junai Lekor Enterprise di Kampung Tanjung Bundong di sini kelmarin.

Menurutnya, perusahaan yang diusahakan Junaidi Kaderi, 33, itu telah banyak membantu meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat setempat.

“Siapa pernah sangka di Kampung Tanjung Bundong ini mempunyai perusahaan yang dimiliki oleh anak tempatan yang mana produk keluaranny­a iaitu keropok lekor mampu menembusi pasaran seluruh Sarawak.

“Oleh itu, saya akan membantu perusahaan ini untuk mengembang­kan pemasarann­ya ke luar negara seperti China,” katanya.

Tambah Idris lagi, bagi melestarik­an harapan tersebut, pihaknya akan mengadakan perbincang­an lanjut bersama pengusaha keropok lekor itu dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Pertanding­an 9 Sebelah Ola Bola Tanjung Bundong di Padang Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) di kampung itu.

Dalam ucapannya, beliau mengumumka­n peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menaik taraf padang MPKS itu.

Pada masa sama beliau turut membawa berita gembira buat empat pertubuhan belia di Kampung Tanjung Bundong apabila mengumumka­n geran sebanyak RM10,000 untuk menganjurk­an aktiviti bermanfaat.

 ??  ?? BANTU: Idris (empat kanan) bersalaman dengan Junaidi sambil disaksi penduduk kampung yang lain.
BANTU: Idris (empat kanan) bersalaman dengan Junaidi sambil disaksi penduduk kampung yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia