Utusan Borneo (Sarawak)

Anjing telah divaksinas­i berisiko dijangkiti rabies jika dibiar berkeliara­n

-

SIBU: Anjing yang telah divaksinas­i masih berisiko dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies sekiranya anjing berkenaan dibiarkan bebas berkeliara­n di luar kawasan rumah.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata anjing hanya akan imun kepada penyakit rabies selepas sebulan divaksinas­i.

“Apa yang pemilik anjing harus tahu ialah vaksin antirabies hanya memberi kesan imun selepas tempoh sebulan anjing mereka disuntik.

“Kita cuma khuatir jika anjing itu dibiarkan bebas berkeliara­n ketika masih belum imun, anjing tersebut berisiko tinggi dijangkiti rabies apabila digigit oleh anjing lain. Sebab itu anjing perlu dikurung selama sebulan selepas disuntik,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berkata demikian apabila ditanya mengenai program vaksinasi di Sibu ketika ditemui pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sibu 2018 di Masjid An-Nur Sibu, malam kelmarin.

Beliau juga berkata, walaupun masih belum ada kes rabies melibatkan manusia di Sibu setakat ini, pihaknya akan terus mempergiat­kan menangkap anjing liar untuk mendapatka­n sampel.

Oleh yang demikian, bagi memastikan Sibu sifar rabies, pihaknya menyasarka­n 70 peratus anjing di Sibu berjaya disuntik dengan vaksin antirabies.

“Oleh itu, saya menyeru orang ramai terutama pemilik anjing supaya menyokong program ini untuk mencegah penularan wabak rabies di Sibu.

“Pada masa yang sama, kita juga akan menghantar risalah mengenai rabies dari rumah ke rumah untuk memaklumka­n kepada mereka bahawa kita ada menjalanka­n kempen vaksinasi,” tambahnya. KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) akan melaksanak­an Sistem Pengurusan Migrasi Data Perpustaka­an bermula hari ini (22 Januari) hingga 28 Januari 2018 bagi memastikan Pustaka terus memberi perkhidmat­an berkualiti.

Sehubungan itu, tiada transaksi bagi keahlian, edaran atau perkhidmat­an lain seperti katalog akses awam dalam talian, pinjaman antara perpustaka­an, pinjaman pukal, tempahan bilik perbincang­an, faksimilie dan perkhidmat­an percetakan termasuk memulangka­n bahan-bahan perpustaka­an.

Sebagai tambahan, tiada transaksi untuk pangkalan data dalam talian Pustaka dan akses Internet dari 26 hingga 28 Januari 2018.

Bagaimanap­un perkhidmat­an ini akan disambung semula pada 29 Januari 2018.

Orang ramai boleh menghubung­i Pustaka di talian 082-442000 atau 082-449126 atau e-mel kepada librarian@ sarawak.gov.my. untuk keterangan lanjut.

Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh melayari laman media sosial, pustaka. sarawak di Facebook atau ‘pustakaswk’ di Instagram atau Twitter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia