Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai digalak menghabisk­an masa 10 atau 15 minit setiap hari untuk melakukan senaman

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Orang ramai digalak menghabisk­an masa 10 atau 15 minit setiap hari untuk melakukan senaman bagi membudayak­an kehidupan sihat serta bebas penyakit kronik.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang tunai sebaliknya ia perlu dijaga.

“Luangkan masa anda untuk melakukan senaman, berjalan atau berlari supaya tubuh kita kekal sihat dan bebas daripada serangan penyakit kronik,” katanya pada Program Saringan Kesihatan Percuma anjuran Persatuan Diabetes Malaysia Miri di Old Men Street, Miri semalam.

Menurut Sebastian, kesedaran dalam kalangan masyarakat amat penting terutama melakukan pemeriksaa­n rutin bagi memastikan tubuh mereka kekal sihat.

“Masyarakat perlu mengamalka­n gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang bagi memastikan

Luangkan masa anda untuk melakukan senaman, berjalan atau berlari supaya tubuh kita kekal sihat dan bebas daripada serangan

kronik.” penyakit Datuk Sebastian Ting ADUN Piasau

tubuh mereka bebas penyakit,” katanya.

Sebastian turut memuji program terbabit yang memberi peluang kepada warga emas dan orang ramai menjalani saringan kesihatan.

“Jika kita tidak melakukan saringan kesihatan, kita tidak akan tahu penyakit yang berada dalam tubuh kita dan program sebegini perlu diteruskan,” jelasnya.

Sebastian juga berharap orang ramai mengambil pe- luang melakukan saringan kesihatan percuma dalam aktiviti anjuran persatuan atau agensi kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Diabetes Miri Ting Chiew Mei berkata program terbabit adalah salah satu aktiviti yang dirancang pihaknya pada tahun ini.

“Ini adalah usaha persatuan membantu memeriksa kandungan gula dan tekanan darah dalam kalangan orang awam yang hadir hari ini,” jelasnya.

Pada majlis itu, lebih 50 warga emas dan orang awam hadir untuk membuat saringan kesihatan.

 ??  ?? PERIKSA KESIHATAN: Sebastian (berdiri, empat kanan) bersama warga emas yang melakukan saringan kesihatan percuma di Old Men Street, Miri semalam.
PERIKSA KESIHATAN: Sebastian (berdiri, empat kanan) bersama warga emas yang melakukan saringan kesihatan percuma di Old Men Street, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia