Utusan Borneo (Sarawak)

RM13 juta dilulus untuk dua projek infrastruk­tur di Miri

-

MIRI: Kerajaan persekutua­n meluluskan RM13 juta untuk pelaksanaa­n dua projek infrastruk­tur di Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata kedua- dua projek yang akan dilaksana tidak lama lagi ialah menaik taraf Bulatan GK Pujut bagi men- gurangkan kesesakan lalu lintas dan menaik taraf jalan masuk Tudan Desaras.

“Saya dimaklumka­n Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan bagi melaksanak­an projek-projek tersebut.

“Sejumlah RM12 juta adalah untuk melaksanak­an penambahba­ikan Bulatan GK Pujut manakala RM1 juta bagi projek menaik taraf jalan masuk di Tudan Desaras,” katanya selepas melawat sebuah keluarga miskin di Pisau Utara di sini Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beliau mewakili rakyat di sini berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n atas maklum balas meluluskan kedua-dua projek tersebut.

“Kerajaan kini membuat penelitian mengenai keduadua projek itu dan seperti rakyat lain, saya turut berharap pelaksanaa­n projek terbabit dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

Jelasnya, projek terbabit telah lama ditunggu dalam usaha mengurangk­an kesesakan di kawasan Bulatan GK Pujut dan kegunaan rakyat kawasan penempatan semula di Tudan Desaras.

Tambah beliau, kelulu- san peruntukan kedua-dua projek itu berikutan lawatan rasmi Ahmad Zaki ke Miri pada Oktober tahun lalu.

“Lawatan tersebut adalah untuk melihat permohonan menaik taraf kemudahan yang dikemukaka­n oleh wakil rakyat masing-masing bagi Sarawak dan Sabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia