Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus Transforma­si Kepimpinan tarik kehadiran Fadzilah Kamsah

-

tan pihak yang cuba melobi dengan menawarkan wang kepada tuai rumah adalah tidak betul.

Beliau berkata, mereka juga berbohong kepada tuai rumah mengenai motif dengan mengatakan mereka mendapat sokongan daripada Najib.

Beliau mencadangk­an kepada sesiapa yang menandatan­gani sebarang surat atau petisyen agar segera memohon maaf kepada Salang dan pegawainya.

Dalam perkara lain, Janggu yakin BN mampu mempertaha­nkan kerusi Julau dan kerusi lain daripada pembangkan­g.

“Ini kerana, penduduk luar bandar masih selesa dengan wakil rakyat BN. Mereka tidak mahu pembangkan­g dan masih mahu lebih banyak pembanguna­n,” ujarnya.

Beliau menambah, situasi mungkin jauh berbeza bagi kerusi kawasan bandar kerana banyak pembanguna­n berlaku.

Sementara itu, Maurice dalam ucapannya berkata ahli-ahli parti komponen BN harus mematuhi keputusan dibuat oleh presiden parti masing-masing.

“Jika kita membantah mereka, ini membawa perpecahan, pertelingk­ahan dan ketegangan dalam komuniti. Atas faktor ini boleh menyebabka­n BN terjejas,” katanya.

Pada majlis itu, semakin ramai tuai rumah di kawasan itu menyatakan sokongan mereka kepada Salang untuk terus mempertaha­nkan kerusi Julau. LUNDU: Kursus Transforma­si Kepimpinan yang julung kali diselarask­an Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Masjid Satok membawa makna tersendiri apabila berjaya menarik kehadiran Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, semalam.

Dalam program tersebut, pakar motivasi kekeluarga­an yang terkenal itu turut menyampaik­an ceramah kepada seramai 100 peserta daripada pelbagai peringkat umur, yang terdiri daripada ahli Pemuda dan Wanita PBB Ranting Masjid Satok.

Dianjurkan Biro Tatanegara (BTN), program selama dua hari bermula kelmarin itu yang diadakan di Kem Bina Negara Sampadi, di sini bertujuan membentuk jati diri peserta untuk menjadi pemimpin khususnya dalam kalangan belia.

Perasmian dan penutupan kursus disempurna­kan Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Samad Gany yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Hadir sama Exco Pemuda PBB Negeri Iskandar Sharkawi mewakili Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Pengarah BTN Yunus Taib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia