Utusan Borneo (Sarawak)

Tandatanga­n tuai rumah boleh nafi hak komuniti jika pihak tidak bertanggun­gjawab melakukann­ya

- Oleh Borhaniza Ali Basah

JULAU: Ketua rumah panjang (tuai rumah) diingatkan tidak mudah menurunkan tandatanga­n dan cop rasmi mereka pada mana-mana dokumen seperti surat atau petisyen dikemukaka­n oleh individu tanpa memahami kandungan dan tujuannya.

Pemimpin Masyarakat Pemanca Datuk Janggu Banyang berkata ini kerana tandatanga­n mereka boleh digunakan untuk menafikan hak mereka dan komuniti jika pihak tidak bertanggun­gjawab melakukann­ya.

“Anda dilantik sebagai pemimpin dalam komuniti oleh kerajaan negeri. Oleh itu, tandatanga­n dan cop rasmi anda mempunyai nilai tinggi.

“Jadi, jangan menyalahgu­nakannya,” katanya pada perjumpaan di Rumah Engkulau Ambrose Jumin di Wing Besi Api dekat sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri.

Janggu berkata demikian merujuk kepada beberapa tuai rumah yang dipujuk individu agar menurunkan tandatanga­n dan cop rasmi menyokong petisyen menggantik­an Salang pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) nanti.

“Kita semua sedia maklum Salang dicalonkan semula untuk mempertaha­nkan kerusi Julau oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing.

“Kita percaya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberitahu keputusan itu.

“Jadi, saya tidak fikir individu-individu itu mempunyai apa- apa kuasa atau untuk melobi,” tambahnya.

Janggu berkata, perbua-

Anda dilantik sebagai pemimpin dalam komuniti oleh kerajaan negeri. Oleh itu, tandatanga­n dan cop rasmi anda mempunyai nilai tinggi. Pemanca Datuk Janggu Banyang Pemimpin Masyarakat

 ??  ?? KAMI SOKONG: Salang dikeliling­i tuai rumah yang menyatakan sokongan padu supaya beliau terus mempertaha­nkan kerusi Julau.
KAMI SOKONG: Salang dikeliling­i tuai rumah yang menyatakan sokongan padu supaya beliau terus mempertaha­nkan kerusi Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia