Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa berusaha membawa kemajuan, kesejahter­aan kepada rakyat

-

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata kerajaan sentiasa berusaha membawa kemajuan dan kesejahter­aan kepada rakyat negeri ini khususnya penduduk di luar bandar.

Menurutnya, usaha tersebut melalui pelbagai program pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan negeri untuk manfaat rakyat keseluruha­nnya.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata usaha pembanguna­n kerajaan sukar dicapai sekiranya rakyat tidak memanfaatk­an sepenuhnya segala peluang dan kemudahan disediakan.

“Ini sudah tentu merugikan kita semua dan membantutk­an kelicinan pelaksanaa­n projekproj­ek pembanguna­n diusahakan kerajaan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Kaunselor Luang, Danau Keranggas Melikin dekat sini.

Justeru, tegasnya rakyat tidak boleh bersikap berpeluk tubuh dan hanya mengharapk­an bantuan dan subsidi daripada kerajaan sahaja.

“Penyebaran maklumat pembanguna­n sentiasa menjadi agenda utama kerajaan yang disalurkan melalui jabatan dan agensi-agensi pembanguna­n,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan, Penghulu Rungka Jimbai serta ketua- ketua masyarakat.

Masir turut mengumumka­n peruntukan RM50,000 kepada JKKK dan Biro Wanita kampung itu manakala Snowdan mengumumka­n peruntukan RM10,000 kepada JKKK dan RM3,000 kepada Biro Wanita.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Gerawat menerima cenderamat­a pada majlis diadakan di Kuching, malam kelmarin.
CENDERAHAT­I: Gerawat menerima cenderamat­a pada majlis diadakan di Kuching, malam kelmarin.
 ??  ?? BERSAMA PEMIMPIN: Masir (empat kiri), Snowdan (tiga kanan) bersama pemimpin masyarakat lain pada program tersebut.
BERSAMA PEMIMPIN: Masir (empat kiri), Snowdan (tiga kanan) bersama pemimpin masyarakat lain pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia