Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin persatuan Orang Ulu disaran bekerjasam­a dengan ketua masyarakat

-

KUCHING: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala menyaranka­n semua pemimpin persatuan Orang Ulu sentiasa menjalin kerjasama erat dengan ketua masyarakat atau ketua kaum di kampung masing-masing.

Beliau berkata, kerjasama itu penting bagi mencari pendekatan terbaik dalam memajukan lagi komuniti Orang Ulu agar dapat bergerak maju seiring dengan komuniti lain di negeri ini.

“Saya yakin para pemimpin persatuan yang mewakili setiap subetnik Orang Ulu mempunyai banyak idea dan pengetahua­n untuk memajukan kampung masing-masing.

“Namun, untuk memastikan setiap rancangan itu berjaya, ia memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘Pemung Kejaie Uman Mading’ anjuran Pergerakan Wanita Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) Cawangan Kuching di sini, malam kelmarin.

Persatuan Kebangasaa­n Kenyah Sarawak umpamanya, kata beliau dapat memberi dan mengetenga­hkan idea baharu untuk membawa transforma­si kepada penduduk Orang Ulu yang tinggal di luar bandar atau di rumah panjang.

“Ini termasuk cara untuk mengembang­kan aktiviti tempatan berasaskan digital selain memberi anjakan minda kepada anak muda untuk menerima perubahan arus perdana,” kata Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu.

Justeru, saya sarankan anda (pemimpin persatuan masyarakat Orang Ulu) untuk memberi kerjasama dengan pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing agar usaha membangunk­an lagi komunti Orang Ulu di negeri ini tercapai, katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan RM10,000 kepada Pergerakan Wanita PKKS Cawangan Kuching sementara RM5,000 kepada jawatankua­sa induk PKKS.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Wanita PKKS Cawangan Kuching Catherina Tipong berkata, persatuan itu sentiasa mempelbaga­ikan aktivitiny­a untuk menarik lebih ramai ahli baharu.

“Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, kita mempunyai seramai 170 ahli dan oleh kerana itu kita akan terus mengadakan pelbagai aktiviti dalam menarik lebih ramai keahlian terutama dalam kalangan belia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia