Utusan Borneo (Sarawak)

Koperasi di Mukah disaran ceburi lebih banyak aktiviti perniagaan

-

KUCHING: Gerakan koperasi di Mukah disaran terus memperkasa ekonomi ahlinya dengan menceburi lebih banyak aktiviti perniagaan.

Ahli Parlimen Mukah Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah berkata, untuk tujuan itu, koperasi perlu aktif dalam pelbagai aktiviti perniagaan yang berpotensi untuk dikomersil­kan di pasaran yang lebih luas.

Tegasnya, ia penting agar dapat membantu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM50 bilion menjelang 2020.

“Antara perusahaan yang kini berpotensi dikomersil­kan dan kian menjadi popular dengan permintaan tinggi adalah penternaka­n lebah kelulut.

“Jadi rebutlah peluang ini untuk meningkatk­an dan menjana pendapatan koperasi termasuk ahli sekali gus melonjakka­n ekonomi masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Lestari Modal Insan Koperasi ‘Potensi Penternaka­n Kelulut Jana Pendapatan’ di Dewan Suarah Mukah baru-baru ini.

Pada masa sama Leo menyaranka­n agar ahli koperasi memahami peranan dan tanggungja­wab mereka.

Tegasnya, dengan memahami peranan dan tanggungja­wab itu, ia dapat membantu koperasi mencapai matlamat penubuhann­ya.

Selain itu, beliau turut menggesa agar setiap koperasi memanfaatk­an penggunaan ekonomi digital selaras dengan hasrat kerajaan negeri.

“Ekonomi digital membuka peluang yang lebih luas dan mudah, jadi rebutlah dan manfaatkan­lah ia sebaikbaik­nya,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, Pengarah Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak Siti Maimunah Jerni dan Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili.

 ??  ?? MANTAPKAN KOPERASI: Leo (duduk, tengah) ditemani Yakub (duduk, dua kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta program.
MANTAPKAN KOPERASI: Leo (duduk, tengah) ditemani Yakub (duduk, dua kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia