Utusan Borneo (Sarawak)

JomPAY mudahkan penyewa, pemilik bayar rumah Pembayaran lebih cepat, mudah dan selamat menerusi kemudahan atas talian yang dilancarka­n HDC

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Penyewa dan pemilik skim perumahan di bawah Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) diberi alternatif baharu yang lebih cepat, mudah dan selamat untuk membuat pembayaran melalui atas talian JomPAY yang dilancarka­n semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohd Asman Ahmad berkata pihaknya akan memulakan projek perintis dengan pemilik dan penyewa rumah pangsa RPR Sri Makmur, Batu 6 Matang seramai 579 unit rumah daripada 720 unit semuanya.

“Pada fasa pertama ini, kita akan edarkan kad yang mempunyai maklumat butiran bagi membuat pembayaran menggunaka­n JomPAY melalui atas talian CIMB Clicks, mesin deposit tunai CIMB Bank atau menggunaka­n perkhidmat­an perbankan MEPS.

“Manakala baki selebihnya pemilik unit rumah yang

Pada fasa pertama ini, kita akan edarkan kad yang mempunyai maklumat butiran bagi membuat pembayaran menggunaka­n JomPAY melalui atas talian CIMB Clicks, mesin deposit tunai CIMB Bank atau menggunaka­n perkhidmat­an perbankan MEPS. Mohd Asman Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif HDC

belum diberi kad berkenaan akan diberi selewatnya-lewatnya pada suku pertama tahun ini.

“Kaedah ini memberi pilihan kepada kebanyakan orang kerana berdasarka­n statistik, kami yakin pembayaran akan meningkat.

“Tidak akan ada aduan lagi selepas ini tentang pembayaran lewat dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada dialog di antara HDC dan penduduk RPR Sri Makmur di sini semalam.

Pihaknya turut memohon agar para penyewa memberi maklum balas mengenai perkhidmat­an yang baharu diperkenal­kan itu dari semasa ke semasa bagi kerja penambahba­ikan perkhidmat­an.

Bagaimanap­un, bagi mereka yang masih ingin membuat pembayaran di kaunter juga boleh berbuat demikian, tegasnya.

“Ia juga menyahut seruan ketua menteri untuk mentransfo­rmasikan ekonomi digital di sini.

“Melalui JomPAY juga seramai 47,000 pembeli dan penyewa daripada empat skim perumahan HDC di seluruh negeri akan mendapat manfaat daripadany­a,” tambahnya.

Pihak HDC juga secara perlahan-lahan akan mulai menyediaka­n platform bagi pembeli dan penyewa membuat pembayaran atas talian melalui aplikasi Sarawak Pay yang akan diumumkan kemudian, ujar Asman.

Turut hadir bersama beliau adalah Pengerusi JKKK Taman Sri Makmur merangkap Pengerusi KRT Taman Sri Makmur Uwan Anjot, Ketua Bahagian Akaun dan Kewangan HDC Roziah Wahid dan wakil Bahagian Jualan dan Pengurusan Tunai CIMB Bank Damian Chua.

 ??  ?? DIGITAL: Projek perintis bagi pemilik dan penyewa RPR Sri Makmur iaitu kad yang mempunyai butiran bagi membuat pembayaran menggunaka­n perkhidmat­an JomPAY, (dari kiri) Roziah, Asman, Uwan dan Damian di pejabat HDC semalam.
DIGITAL: Projek perintis bagi pemilik dan penyewa RPR Sri Makmur iaitu kad yang mempunyai butiran bagi membuat pembayaran menggunaka­n perkhidmat­an JomPAY, (dari kiri) Roziah, Asman, Uwan dan Damian di pejabat HDC semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia