Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk sambut baik perkhidmat­an bayaran kediaman menerusi JomPAY

-

KUCHING: Penduduk RPR Sri Makmur, Batu 6 Matang menyambut baik penambahba­ikan perkhidmat­an membuat bayaran kediaman mereka menerusi JomPAY yang diperkenal­kan Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) semalam.

Pengerusi JKKK Taman Sri Makmur Uwan Anjot berkata demikian bagi mewakili 720 pemilik dan penyewa unit rumah di kawasan perumahan itu semalam.

“HDC telah memberi perkhidmat­an yang amat baik dan mengikut pandangan peribadi saya, kemudahan JomPAY menjimatka­n masa terutama golongan penyewa yang bekerja pada waktu siang dan tidak mempunyai masa untuk ke kaunter membuat pembayaran rumah.

“Mereka boleh menggunaka­n kemudahan perbankan atas talian CIMB Clicks dan perkhidmat­an perbankan MEPS atau mesin deposit tunai CIMB Bank.

“Hari Sabtu dan Ahad juga boleh digunakan untuk membayar... kad akan diagihkan secara beransur-ansur kerana penduduk di kawasan Sri Makmur ramai,” katanya sambil menambah, kad yang mempunyai butiran unit rumah di situ akan diagihkan mulai hari ini.

Uwan yang juga pengerusi KRT Taman Sri Makmur berkata peringkat fasa pertama iaitu projek perintis HDC hanya melibatkan 579 unit.

JomPAY merupakan insiatif kebangsaan yang disokong CIMB Bank untuk membolehka­n pembayaran bil dari seluruh negara melalui bank yang telah berdaftar.

Penyewa atau pembeli boleh menikmati kemudahan membuat ansuran pinjaman rumah menggunaka­n dana daripada akaun simpanan atau akaun semasa.

Transaksi akan menjadi lebih cepat, selamat dan mudah. Perkhidmat­an JomPAY adalah percuma dan tiada caj dikenakan ke atas pelanggan yang menggunaka­nnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohd Asman Ahmad, Ketua Bahagian Akaun dan Kewangan HDC Roziah Wahid dan wakil Bahagian Jualan dan Pengurusan Tunai CIMB Bank Damian Chua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia