Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk terjejas projek Pan Borneo hanya mahukan pampasan setimpal

-

SIBU: “Saya tidak membantah tindakan mana-mana agensi kerajaan atau pihak swasta terlibat dengan pembanguna­n projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya setuju dengan tindakan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu bedasarkan surat Ruj: 17/Notis/Rayuan/ PB/ 3D// 2016( BSK) Vol. 2 bertarikh 1.2.2017 dan 37/ ENF/ENTQ/3D/2016 (BSK) Vol.2 bertarikh 17.2.2017.

“Namun, saya masih berharap memohon jasa baik dan budi bicara bijak JTS Sarawak agar lebih telus, jujur dan ikhlas memberi pampasan tambahan ke atas rumah saya di Bilik No.17 Rumah Kiew Batu 19, Jalan Oya, Sibu yang terkena jajaran Lebuh Raya Pan Borneo,” kata Harry Usup Umbar ketika ditemui Utusan Borneo di sini semalam.

Pesara guru itu menceritak­an kesulitan dan kesengsara­an beliau dan keluarga sejak menerima arahan JTS Sibu agar mengosongk­an kediamanny­a.

Menurutnya, ex- gratia/ sagu hati dibayar bagi rumahnya sebenarnya tidak mencukupi untuk mendirikan rumah baharu memandangk­an harga bahan binaan dan kos buruh melibatkan pembinaan rumah baharu dan ahli keluargany­a bertambah.

“Lagipun harga bahan binaan dan kos buruh meningkat lebih empat kali ganda sejak 2000 ketika rumah saya ini didirikan,” katanya dengan nada kecewa.

Beliau menegaskan, tindakan membuat rintihan itu kepada media adalah untuk mempertaha­nkan hak bukan melawan atau membantah mana-mana agensi kerajaan atau swasta. Sebagai bukti, beliau mengulas dan memberi kenyataan dikeluarka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christoper Gira Sambang diterbitka­n dalam akhbar tempatan meminta pemilik tanah dan rumah terjejas akibat pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sudah menerima bayaran pampasan tetapi tidak setimpal dengan nilainya agar merayu memohon pampasan tambahan.

“Selain Gira, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing turut menggesa JTS menilai semula pampasan kepada rakyat yang terjejas akibat projek itu,” katanya.

Beliau berkata, JTS seharusnya menghormat­i dan memberi perhatian kepada cadangan dua wakil rakyat tersebut yang mewakili penduduk terjejas akibat pampasan tidak setimpal.

“Saya berharap JTS Sibu tidak memandang remeh cadangan wakil rakyat dan Timbalan Ketua Menteri itu.

“Pampasan tambahan dan penilaian semula yang telus, jujur dan ikhlas ke atas tempat kediaman rakyat menjadi mangsa projek tersebut dapat meringanka­n beban dan kesengsara­an terpaksa ditanggung kami,” jelasnya.

Harry memberitah­u, beliau telah menulis surat rayuan kepada JTS Sarawak/ Sibu beberapa kali dan pernah diberitahu bahawa pembayaran tambahan dalam proses pembayaran tetapi sehingga sekarang pembayaran tersebut belum dibuat kerana melibatkan undang-undang tanah.

“Saya bukan minta pampasan tanah tetapi cukuplah hanya tempat kediaman yang merupakan keperluan asas setiap manusia.

“Tempat kediaman ini saya bina sepanjang tempoh 15 tahun lalu dan ini adalah warisan turun-temurun keluarga saya.

“Kini rumah di Bilik No.17 hanya tinggal separuh badan, umpama seorang manusia sudah dipotong kepala, macam mana hendak hidup.

“Saya faham niat kerajaan membina projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah untuk kepentinga­n rakyat Sarawak tetapi kebajikan rakyat yang sengsara juga harus diambil kira.

“Lagipun nilai sentimenta­l pada tempat kediaman itu sungguh menyentuh hati. Saya meneruskan perjuangan hak asasi ini sehingga berjaya dengan usaha, doa dan kepercayaa­n kepada Tuhan,” kata Harry.

Beliau yang kini setiausaha Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Miggi, bersama penduduk lain membina rumah di Jalan Tanggi Spur iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Sibu.

 ??  ?? TINGGAL KENANGAN: Sebahagian tempat kediaman Harry hanya tinggal kenangan.
TINGGAL KENANGAN: Sebahagian tempat kediaman Harry hanya tinggal kenangan.
 ??  ?? MENUNTUT HAK: Harry menunjukka­n bahan sokongan rayuannya menuntut ganti rugi yang setimpal.
MENUNTUT HAK: Harry menunjukka­n bahan sokongan rayuannya menuntut ganti rugi yang setimpal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia