Utusan Borneo (Sarawak)

Long Bemang bakal berwajah baharu setelah dicat

-

LONG BEMANG, Sungai Apoh: Rumah panjang terpanjang di Sarawak Long Bemang bakal berwajah baharu setelah dicat secara bergotong-royong pada Mac kelak.

Sebanyak 373 tin cat (setin 5 liter) akan digunakan untuk projek ini yang disumbangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Terletak berdekatan Sungai Apoh di Telang Usan, ia merupakan kediaman 250 pintu untuk penduduk subetnik Kayan, Uma Pu.

Perjalanan darat tiga jam menggunaka­n jalan balak dari Miri diperlukan untuk sampai ke kediaman berpendudu­k lebih 3,000 orang itu.

Simbolik penyerahan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mewakili Uggah kepada Kaunselor Jok Ngau mewak- ili penduduk.

Dennis berterima kasih atas sumbangan bernilai RM30,000 itu yang menggambar­kan keprihatin­an kerajaan memenuhi permintaan rakyat luar bandar.

Dennis turut menemani Uggah sebelum ini melawat dan membantu penduduk di Long Tujang, Long Buang dan Long Luyang yang telah dilanda banjir.

Kaunselor Jok Ngau juga menyatakan terima kasih tidak terhingga kepada Uggah kerana bertindak pantas membantu penduduk ketika waktu memerlukan.

Kerja- kerja pembaikan dan baik pulih amat diperlukan kerana ia merupa- kan kawasan kerap banjir, sekurang- kurangnya lima kali setahun.

Penduduk akan mengadakan gotong- royong perdana pada Mac ini untuk mengecat seluruh rumah panjang.

Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau akan hadir semasa aktiviti itu nanti.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dennis (tujuh kanan) menyempurn­akan simbolik penyerahan cat kepada Jok bersama penduduk di Long Bemang semalam.
SIMBOLIK: Dennis (tujuh kanan) menyempurn­akan simbolik penyerahan cat kepada Jok bersama penduduk di Long Bemang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia