Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan WhatsApp merupakan inisiatif penambahba­ikan perhubunga­n komunikasi antara guru, ibu bapa

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kumpulan WhatsApp merupakan aplikasi terbaik bagi meningkatk­an perhubunga­n di antara ibu bapa dan guru terutama melibatkan pelajaran anakanak.

Sehubungan itu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Sarawak Datuk Wan Zain Syed Mohdzar mencadangk­an agar setiap kelas menubuhkan kumpulan WhatsApp.

Katanya penggunaan WhatsApp bukanlah satu kewajipan di setiap sekolah, sebaliknya merupakan ini- siatif penambahba­ikan perhubunga­n komunikasi antara guru dan ibu bapa.

“Pihak sekolah boleh menyebarka­n pelbagai maklumat berkaitan sekolah termasuk mata pelajaran serta aktiviti kelas secara pantas kepada ibu bapa,” katanya di sini semalam.

Bagaimanap­un, tambahnya, pihak ‘admin’ (pengendali aplikasi komunikasi) perlu bijak dan ada pendirian dalam mengendali­kan kumpulan tersebut.

“Tugas admin mengawal maklumat yang tidak berkaitan sekolah seperti mempromosi produk jualan, membawa isu-isu sensitif dan sebagainya,” jelas beliau.

Wan Zain berpendapa­t, aplikasi komunikasi itu secara langsung menjimatka­n kos penghantar­an surat dan masa penghantar­an maklumat.

“Malah, mesej disampaika­n melalui aplikasi komunikasi adalah tanpa had dan pantas.

“Aplikasi ini dapat merapatkan jurang komunikasi dan mengeratka­n perhubunga­n antara pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya.

Wan Zain menambah, menerusi aplikasi itu juga ibu bapa boleh berbincang secara langsung dengan guru-guru berkaitan mata pelajaran.

Katanya, ia merupakan satu kemudahan terkini serta membolehka­n semua berhubung tanpa dikenakan caj dan hanya menggunaka­n data.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an agar setiap kelas di sekolah- sekolah mewujudkan kumpulam WhatsApp bagi meningkatk­an komunikasi ibu bapa dan guru. MIRI: Seorang wanita ditahan polis selepas disyaki terlibat kegiatan penjualan loteri haram di sebuah rumah di Kampung Tudan Fasa 3 di sini Rabu lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan jam 5.25 petang oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Menurut sumber, beberapa barang ditemui atas meja kaunter rumah terbabit iaitu sekeping keratan kertas, seunit telefon bimbit, seunit kalkulator, sebatang pen, seunit pengokot dan beberapa keping wang tunai.

“Suspek kemudianny­a ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. Semua barang dijumpai daripada suspek turut dirampas untuk dijadikan bahan bukti kes,” kata sumber.

Pihak sekolah boleh menyebarka­n pelbagai maklumat berkaitan sekolah termasuk mata pelajaran serta aktiviti kelas secara pantas kepada ibu bapa. Datuk Wan Zain Syed Mohdzar Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Sarawak

 ??  ?? DAFTAR: Orang ramai mendaftar untuk menderma darah.
DAFTAR: Orang ramai mendaftar untuk menderma darah.
 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia