Utusan Borneo (Sarawak)

17 ahli Terabai Menua Miri tampil menderma darah

-

MIRI: Seramai 17 ahli Terabai Menua Miri terlibat menjayakan program menderma darah di Bank Darah Hospital Miri pada Jumaat lalu.

Ketua Biro Publisiti Terabai Menua Miri Thomas Patrick berkata usaha tersebut dilaksanak­an bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah yang diperlukan bank darah terbabit.

“Aktiviti itu diketuai Pemangku Pengerusi Terabai Menua Miri Awan @ Wilfred Nissem. Daripada 17 ahli yang menyertai, kami berjaya mengumpulk­an 16 pain darah.

“Ini bukan sahaja tindak balas kami setelah mengetahui kekurangan bekalan darah, tetapi usaha kami memberi kepada masyarakat yang memerlukan khususnya waktu kecemasan,” katanya di sini semalam.

Menurut Thomas, masyarakat tidak perlu takut atau bimbang menderma darah memandangk­an proses pendermaan darah adalah selamat.

Proses hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 12 minit dan sumbangan darah amat bermakna serta memberi manfaat kepada setiap pesakit yang memerlukan.

Setiap jarum digunakan adalah baharu dan digunakan sekali sahaja.

“Oleh itu, tidak ada yang perlu dibimbangk­an kerana proses tersebut sangat teliti dan selamat. Ini adalah antara peluang kita berbakti kepada masyarakat,” ujarnya.

Katanya, aktiviti itu turut mengeratka­n hubungan kalangan ahli Terabai Menua Miri bersama kakitangan Bank Darah Hospital Miri.

Thomas berkata Terabai Menua Miri juga mengadakan aktiviti sama pada Jumaat ini (26 Januari) dengan ahli lain.

“Selain ahli, kita juga mengalu-alukan masyarakat lain turut serta bagi menjayakan dan membantu menambah bekalan darah terbabit,” katanya.

 ??  ?? UNTUK MEMERLUKAN: Terabai Menua Miri menerima respons baik daripada ahlinya bagi menyertai aktiviti itu diadakan pada Jumaat ini.
UNTUK MEMERLUKAN: Terabai Menua Miri menerima respons baik daripada ahlinya bagi menyertai aktiviti itu diadakan pada Jumaat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia