Utusan Borneo (Sarawak)

Semakin ramai tampil menderma darah

-

MIRI: Semakin ramai tampil menderma darah menunjukka­n keprihatin­an penduduk di sini terhadap keperluan Tabung Darah Hospital Miri.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Merekrut Penderma Darah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri Kaunselor Karambir Singh berkata sokongan berterusan penderma darah termasuk penderma baharu amat penting untuk memastikan bekalan darah di tahap mencukupi.

Karambir yang juga pegawai publisiti PBSM berkata, usaha merekrut penderma baharu dan menggalakk­an penduduk menderma darah terus dipergiatk­an dengan menganjurk­an kempen di lokasi-lokasi kunjungan popular di sini.

“Mereka juga boleh datang sendiri menderma darah di Hospital Miri. Sebagai kemudahan, Hospital Miri menyediaka­n enam lot parkir di hadapan Tabung Darah,” jelasnya.

Tabung Darah dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 2.15 hingga 4 petang pada Isnin hingga Khamis.

Sementara pada Jumaat dibuka jam 8.30 hingga 11 pagi dan 2.30 hingga 4 petang.

Mengenai Kempen Derma Darah di pasar raya Emart Riam semalam, Karambir berkata sambutan diberikan sungguh menggalakk­an.

“Sasaran awal kami mengumpul sebanyak 60 pain darah, sebaliknya berjaya mengumpul lebih banyak daripada itu iaitu 108 pain darah,” jelasnya.

Daripada 138 pendaftar, penganjur berjaya merekrut seramai 30 penderma darah baharu.

Aktiviti itu adalah pertama dianjurkan pada tahun ini melibatkan kerjasama Hospital Miri.

Selain baik untuk kesihatan penderma, menderma darah boleh menyelamat­kan nyawa pesakit yang memerlukan bekalan darah dalam rawatan.

Pemeriksaa­n darah membolehka­n penderma mengetahui terdapatny­a jangkitan atau masalah kesihatan peringkat awal.

“Kita amat berterima kasih kepada penduduk dan penderma darah yang datang menyokong dan terima kasih kepada ahli PBSM dan Hospital Miri kerana mengendali­kan kempen ini,” katanya. BINTULU: Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (PBB) menganjurk­an Program Derma Darah sempena Festival Fotografi 2018 mulai jam 9 pagi di ruang legar premis SCR Naim Paragon Street Mall pada 27 Januari ini.

Pengerusin­ya Kairulniez­a Waynie berkata penyertaan program itu terbuka untuk semua ahli skuad PBB serta orang ramai.

“Mereka menyertain­ya di- sediakan makanan ringan dan minuman secara percuma,” katanya.

Beliau berkata kempen tersebut bertujuan menyelamat mereka yang memerlukan darah termasuk membantu Tabung Darah Hospital Bintulu.

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Nazri Datuk Ahmad Lai menunjukka­n sijil penghargaa­n menyertai Kempen Derma Darah PBSM di Miri semalam.
BERI SOKONGAN: Nazri Datuk Ahmad Lai menunjukka­n sijil penghargaa­n menyertai Kempen Derma Darah PBSM di Miri semalam.
 ??  ?? PROMOSI: Program Derma Darah anjuran Skuad PBB pada 27 Januari ini.
PROMOSI: Program Derma Darah anjuran Skuad PBB pada 27 Januari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia