Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan awam berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh akan dihentikan

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengumumka­n bahawa siasatan awam berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh akan dihentikan sehingga dimaklumka­n kelak.

Keputusan tersebut dibuat susulan penerimaan surat daripada ketua polis negara bertarikh 15 Januari lepas yang memaklumka­n bahawa seorang suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada tarikh yang sama berkaitan kes penculikan Pastor Raymond Koh di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Seksyen 12 ( 3) Akta Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) menyatakan bahawa jika Suruhanjay­a menyiasat suatu perlanggar­an hak asasi manusia, dan sementara menunggu penyelesai­an, siasatan itu menjadi hal perkara mana- mana prosiding di mana- mana mahkamah, Suruhanjay­a hendaklah berhenti dengan serta- merta daripada melakukan siasatan itu.

Sehubungan itu, panel siasatan membuat keputusan menghentik­an siasatan sehingga dimaklumka­n kelak.

Bagaimanap­un, SUHAKAM akan meneruskan siasatan awam terhadap kehilangan Amri Che Mat yang telah dijadualka­n pada 22, 24 dan 25 Januari ini.

Siasatan awam ini akan dijalankan di Bilik Inkuiri SUHAKAM, Tingkat 13, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Panel Siasatan daripada pihak SUHAKAM melibatkan Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Dr Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

Pastor Raymond yang merupakan seorang aktivis Kristian dipercayai hilang sejak Februari tahun lepas.

Beliau pernah diancam dengan sebuah nota dan dua butir peluru yang dihantar ke kediamanny­a sebelum hilang.

Orang awam, pihak berkepenti­ngan dan media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretaria­t Siasatan Simon Karunagara­m melalui simon.suhakam@gmail.com atau 012-3290683.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia