Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas ‘Geng Lombok’

-

MUAR: Polis menumpaska­n ‘Geng Lombok’ yang dipercayai bergiat aktif sejak 2 Dis lepas dalam kegiatan samun bersenjata di sekitar daerah Muar sejak Rabu hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata, enam lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berumur di antara 25 hingga 33 tahun itu menggunaka­n parang dan pisau dengan tujuan menakutnak­utkan mangsa.

“Kesemua suspek berasal dari Lombok, Indonesia dan kita juga sedang memburu seorang lagi suspek lelaki dikenali sebagai Rizki @ Maksom berumur lingkun- gan 20-an yang masih bebas dan juga berasal dari negara berkenaan.

“Dengan tangkapan ini, kita percaya dapat menyelesai­kan sembilan kes membabitka­n rumah penduduk tempatan, rumah pekerja dan kedai runcit di sekitar Bukit Pasir, Panchor dan Bakri yang melibatkan kerugian kira-kira RM14,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek menggunaka­n modus operandi sama iaitu memecah masuk premis kira-kira 3 hingga 4 pagi, kemudian mengikat mangsa dengan selimut dan menakut-nakutkan mangsa dengan menggunaka­n senjata seperti parang, namun tidak mencederak­an mangsa.

Zaharudin berkata antara barangan rampasan termasuk 27 botol syampu, 15 botol pewangi ketiak, 13 telefon bimbit, 30 kotak rokok jenama Mayor dan enam bilah parang.

“Polis turut menemukan tiga botol pencuci muka, pewangi badan, ubat gigi, topeng dan lain-lain peralatan ketika menyerbu rumah suspek terbabit namun, tiada wang tunai atau barang berharga ditemukan,“katanya.

Katanya suspek didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia