Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai harta berjumlah RM54,000, wang tunai RM4,000 disita

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah serta peralatan dan bahan memprosesn­ya yang dianggarka­n bernilai RM1.4 juga dalam serbuan di sebuah tokong di Muar, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penahanan keduadua suspek berusia 31 dan 41 tahun itu dilakukan kirakira jam 4.30 petang ketika polis menyerbu tokong itu yang terletak di Jalan Sulaiman.

Dalam serbuan itu, katanya, polis menemukan sebanyak 13.4445 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 362.30 gram ketamin, 299.30 gram ganja dan 53.00 gram syabu.

“Polis turut menjumpai bahan dan peralatan memproses dadah seperti satu botol cecair ‘Acetone’, dua botol cecair alkohol, tiga botol pewarna, sembilan unit bentuk logam mencetak pil, dua unit alat pengisar, satu unit ketuhar gelombang mikro dan dua unit lampu holagen,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Polis juga menyita pelbagai harta berjumlah RM54,000 termasuk wang tunai sebanyak RM4,000 dan tiga kenderaan iaitu jenis Myvi, Isuzu Trooper dan Proton Perdana.

Mohd Khalil berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah selain mereka juga positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Polis masih menyiasat tempoh suspek aktif dalam kegiatan itu dan percaya dadah yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan,” katanya.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 26

Polis turut menjumpai bahan dan peralatan memproses dadah seperti satu botol cecair ‘Acetone’, dua botol cecair alkohol, tiga botol pewarna, sembilan unit bentuk logam mencetak pil, dua unit alat pengisar, satu unit ketuhar gelombang mikro dan dua unit lampu holagen. Datuk Mohd Khalil Kader Mohd Ketua Polis Johor

Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika disabit dengan kesalahan.

Mohd Khalil berkata sejak awal tahun ini, seramai 832 orang telah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah den- gan jumlah rampasan sebanyak 33.64 kg bernilai RM2.24 juta manakala harta yang disita bernilai RM839,495.45.

Tahun lalu, seramai 15,991 individu ditahan bagi kesalahan sama dan sebanyak 1,946.81 kg dadah bernilai RM57.99 juta turut dirampas serta menyita pelbagai harta bernilai RM19.08 juta.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Khalil menegaskan tiada kejadian culik dan pembunuhan kejam membabitka­n seorang kanak- kanak berlaku di negeri ini, seperti yang ditularkan dalam laman sosial.

Beliau berkata penyebaran gambar kononnya insiden itu hanya bertujuan untuk menimbulka­n ketakutan dan kebimbanga­n orang ramai.

“Sehingga kini, kami masih menerima panggilan mengenai hal berkenaan. Saya ingin mengingatk­an dan memberi amaran kepada masyarakat agar tidak sewenangny­a menyebar dan membuat spekulasi palsu kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Mohd Khalil menunjukka­n pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sulaiman Muar serta berjaya menahan dua lelaki Cina pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Mohd Khalil menunjukka­n pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sulaiman Muar serta berjaya menahan dua lelaki Cina pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia